Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2016 Diumumkan

Tarikh Rasmi Keputusan Result UPSR 2016 Diumumkan. Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 dijangka dapat mengetahui dan membuat semakan keputusan UPSR mereka pada bulan November 2016 ini. Mengikut rekod, keputusan peperiksaan UPSR tahun sebelumnya telah diumumkan pada minggu ketiga atau keempat pada bulan November. Tarikh rasmi adalah pada 17 November 2016 (Khamis) menurut pengumuman rasmi dari KPM di bahagian pemberitahuan.

Tarikh Keputusan UPSR 2016

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR Tahun Sebelumnya

Berikut dikongsikan senarai tarikh rasmi keputusan UPSR diumumkan dari tahun 2010 sehingga tahun 2015 :-
 
  • Tahun 2010 - 11 November 2010
  • Tahun 2011 - 17 November 2011
  • Tahun 2012 - 19 November 2012
  • Tahun 2013 - 14 November 2013
  • Tahun 2014 - 26 November 2014
  • Tahun 2015 - 17 November 2015 (SELASA)
  • Tahun 2016 - 17 November 2016 (KHAMIS) * Tarikh rasmi

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN RESULT UPSR 2016 

Calon-calon boleh mendapatkan slip keputusan penuh UPSR mereka daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi, pada hari keputusan UPSR 2016 keluar iaitu pada hari Khamis 17 November 2016 (Tahun lepas pada hari Selasa, 17 November 2015).

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2016 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

Contoh Semakan Melalui SMS

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2016 ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 17 November 2016 sehingga 11.59 malam, 23 November 2016.

* Borang permohonan Semak Semula/ Kes T UPSR 2015 boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan di pautan UPSR 2015

0 comment... add one now