TPPA Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik Kesan Dan Manfaat

Apakah Maksud TPPA? Ramai yang hendak tahu apa itu TPPA yang kini hangat diperkatakan. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) atau dalam bahasa Inggeris, Trans-Pacific Partnership yang hangat diperkatakan kini telah dipersetujui oleh Malaysia bersama dengan 11 lagi negara lain, dalam satu mesyuarat Menteri-menteri negara terlibat di Atlanta, Amerika Syarikat, pada Oktober 2015 yang lalu. Dan terkini, usul TPPA yang dibahaskan di Parlimen selama 2 hari telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27 Januari 2016 dengan keputusan undian 127-84. Berikut dikongsikan apa maksud perjanjian TPPA yang perlu kita ketahui.
  • Terkini : Majlis menandatangani Perjanjian TPPA melibatkan 12 negara termasuk Malaysia telah diadakan pada 4 Februari 2016 di Aukland, New Zealand. TPPA dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2018.

Menurut jawapan kepada kebimbangan, salah faham dan tuduhan TPPA yang dikeluarkan oleh MITI (boleh dimuat turun di link di bawah ini), TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas, terbuka kepada kesemua 21 negara-negara ahli APEC. TPPA berbeza dengan FAT biasa kerana ia lebih menyeluruh dengan  skop-skop yang tidak terkandung dalam FTA yang disertai Malaysia sebelum ini.
Antara skop-skop TPPA adalah :-
  • 1. Perolehan Kerajaan
  • 2. Buruh
  • 3. Alam Sekitar
  • 4. Syarikat-syarkat milik kerajaan
  • 5. Hak Harta Intelek

TPPA Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik Kesan Dan Manfaat

Dipetik dari Astro Awani, selain dari Malaysia, negara anggota yang terlibat dalam rundingan TPPA ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

TPPA yang merangkumi perdagangan bebas melibatkan 40 peratus ekonomi dunia itu hanya akan berkuatkuasa selepas Parlimen kesemua negara yang terbabit dalam rundingan itu meluluskannya.

tppa 1

Apa itu Maksud TPPA?

  • Ia merupakan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif merangkumi pelbagai skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan syarikat milik kerajaan.
  • Untuk makluman, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menerbitkan buku penjelasan mengenai TPPA yang bertajuk: TPPA: Jawapan Kepada Kebimbangan, Salah Faham dan Tuduhan. Sila klik Penjelasan TPPA untuk download.

Negara Yang Terlibat Dengan TPPA

tppa
11 negara terlibat ialah Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam, selain Amerika Syarikat.

Negara-negara ini mengeluarkan 40 peratus jumlah KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dunia bernilai AS$107.5 trilion (RM470 trilion), 26 peratus daripada jumlah dagangan dengan kira-kira 793 juta pengguna.

Pasukan perunding Malaysia diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad dan dianggotai oleh wakil daripada lebih 20 kementerian dan agensi.

Kenapa TPPA ditubuhkan?

  • Untuk menyediakan ruang dagangan sebebas mungkin dari mana-mana tarif, di samping mewujudkan set kuota perdagangan timbal balik.

    TPPA merangkumi pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk kewangan, telekomunikasi, malah tahap piawaian keselamatan makanan.

Siapa Untung. Siapa Rugi?

Sejauh mana perjanjian ini membawa keuntungan atau kerugian kepada negara yang terlibat? Bagi Malaysia, pengeksportan minyak sawit serta getah bakal mendapat keuntungan daripada TPPA.

Ia berikutan kedudukan negara sebagai pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar di dunia dan juga merupakan antara pengeluar terbesar getah.

Mereka yang mengeksport barangan elektronik serta produk kimia turut menerima manfaat dari perjanjian ini.

Bagaimanapun, bagi syarikat milik kerajaan sama ada kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan, mereka berhadapan kesukaran berikutan perjanjian ini memberi akses sama rata bagi semua perolehan kerajaan.

Manfaat/ Kebaikan TPPA

  • 1. Meningkatkan eksport dan pertumbuhan ekonomi, sekaligus meningkatkan jumlah pekerjaan di negara terbabit.
  • 2. Akses pasaran yang lebih besar bagi Malaysia dengan negara-negara yang Malaysia tidak mempunyai FTA iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Peru.
  • 3. Perjanjian ini juga dikatakan mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat, kerana ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang membela kebajikan pekerja, termasuk berkaitan kadar gaji minimum yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.
  • 4.  Bagi pasaran ini, di antara 2,000 hingga 4,000 tarif akan dihapuskan termasuk bagi produk di mana Malaysia mempunyai kepentingan eksport seperti produk elektrik dan elektronik (E&E), kayu dan produk kayu; tekstil; plastik dan produk plastik,minyak sawit dan produk minyak sawit.
  • 5. Perjanjian TPP juga akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta input yang lebih murah untuk kegunaan industri.

Keburukan/ Kebimbangan rakyat

  • 1. Kedaulatan negara: Perjanjian TPP tidak menghalang Kerajaan daripada menggubal dan melaksanakan objektif dasar-dasar awam, terutamanya berkaitan  keselamatan negara, kesihatan awam, alam sekitar dan kebajikan.

    2. Harga ubat-ubatan akan naik secara mendadak: Klausa perlindungan paten dalam Perjanjian TPP ini tidak banyak berbeza dengan peraturan yang sedia ada di Malaysia. Di bawah Perjanjian TPP, negara-negara yang terlibat hanya perlu melanjutkan perlindungan paten sekiranya terdapat kelewatan.

    3. Perjanjian TPP dirundingkan secara rahsia: Hanya teks rundingan sahaja yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Sehingga kini, isu-isu dalam rundingan TPP telah dibincangkan secara terbuka bersama pihak-pihak berkepentingan.

    4. Dominasi AS: Rundingan TPP bukan samata-mata mengenai AS sahaja kerana, selain Malaysia, terdapat 11 negara lain yang turut menyertai rundingan ini. Maka keputusan dalam rundingan ini akan dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kepentingan semua negara terlibat.

    5. Sekiranya tidak menyertai TPP: Malaysia akan mengalami kerugian kerana pelabur mungkin akan memilih untuk melabur di negara-negara yang menyertai TPP bagi menikmati akses pasaran yang lebih baik.

Muat Turun Jawapan Apa Itu TPPA

Jawapan dari MITI (KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI MALAYSIA) boleh di download di MITI.

Semoga maklumat mengenai apa itu TPPA Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ini bermanfaat. Diharapkan TPPA ini memberikan kebaikan kepada kita semua dan bukannya keburukan.

5 comments.. read them below or add one

Tanpa Nama Tanpa Nama 26 November, 2015
Hon :>)
mohd hadid Ilai mohd hadid Ilai 25 Januari, 2016
rumusan dari pemahaman saya perjanjian tpp ini, pertama ianya diketuai oleh negara yang bukan seagama kita, berkemungkinan ekonomi kita akan dikuasai orang luar memang betul perdagangan bebas dua hala tapi ini melibatkan perjanjian, sesiapa pun boleh menarik balik perjanjian.

selain itu ubat2 akan melambung naik golongan luar bandar yang boleh dikatakan rata2 berpendapatan rendah pasti akan terbeban dengan perkara ini, sekarang ni pun sangat2 terasa beban GST apa lagi bila ubat2 pun mahal.
perkara yang paling tidak logik kenapa teks perjanjian itu mesti di rahsiakan. harap pemimpin kita buat pilihan yang terbaik.
Ibnu Shaari Ibnu Shaari 01 Februari, 2016
Saya langsung tidak bersetuju dengan TPPA!
Always Listning Always Listning 05 Februari, 2016
Emmm...dulu sebelum gst nak stat..kempen bagai nak rak..barang akan jd murah..rakyat akan happy....tp bila dh laksana..... apa jadi!!!!Iklan GST pun dh x kuar2.... $-)