Analisis Keputusan UPSR 2015 KPM

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 telah diumumkan awal pagi ini, Selasa, 17 November 2015. Tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang UPSR kali ini. Berikut adalah Analisis Keputusan UPSR 2015 yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof di Putrajaya pagi ini seperti dikongsikan dari BERNAMA.

Semakan Keputusan UPSR 2015 boleh disemak melalui SMS di Semakan UPSR
UPSR 2015

Analisis Keputusan UPSR 2015 KPM


  1. Sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun 2015
  2. Pencapaian keseluruhan UPSR 2015 meningkat
  3. Murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A meningkat kepada 38,344 orang berbanding tahun 2014.
  4. Murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus 
  5. Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A.
  6. Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. 
  7. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik 



0 comment... add one now