Berhati-Hati Dengan Panggilan +375, +371 Atau 081

Dikongsikan dari FB PDRM, PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu iaitu Panggilan +375, +371 Atau 081, yang mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih.

Berhati-Hati Dengan Panggilan +375, +371 Atau 081

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). 

Panggilan +375, +371 Atau 081 boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates). 


Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

Sumber imej Panggilan +375, +371 Atau 081 daripada Facebook 1Sabah


0 comment... add one now