Biodata Martín Cauteruccio Bakal Ganti Figueroa Di JDT?

Siapakah pengganti Luciano Figueroa di JDT musim 2016 depan? Khabar angin kini semakin kuat mengaitkan perpindahan striker, Martín Cauteruccio ke JDT bagi menggantikan Luciano yang bakal bersara hujung musim ini. Sehingga kini ramai pemain import dikaitkan dengan JDT dalam musim perpindahan pemain Liga Malaysia 2016, tetapi pengumuman rasmi siapakah pemain tersebut belum diumumkan lagi. Nama lain yang dikaitkan adalah Sebastian Fernandez dan Rodrigo Mora.

Untuk pengetahuan semua, Martín Cauteruccio adalah penyerang berasal dari Uruguay yang kini bermain bersama kelab San Lorenzo di Liga utama Argentina.
Berikut adalah rumour perpindahan beliau ke JDT seperti di tweet oleh César Luis Merlo. Yang nyata ianya hanya rumour setakat ini. 
Biodata Martín Cauteruccio Bakal Ganti Figueroa Di JDT?
Martín Cauteruccio acordó 3 años de contrato con el Johor malayo, que ofrecerá a San Lorenzo 30 millones de pesos.
Martin Cauteruccio bersetuju kontrak 3 tahun dengan Johor Malaysia, yang akan menawarkan San Lorenzo 30 juta peso.
Kalau nak tahu berapa nilai 30 juta peso, boleh convert nilai ke RM di Converter.
Buat peminat bolasepak, berikut disertakan biodata ringkas Martín Cauteruccio yang perlu anda tahu:-

Biodata Martín Cauteruccio

  • Nama : Martín Cauteruccio Rodríguez
  • Tarikh Lahir : 14 April 1987 (umur 28 tahun)
  • Tempat Lahir :  Montevideo, Uruguay
  • Tinggi : 1.75 m (5 kaki  9 inci)
  • Posisi : Striker
  • Jersi : 9

Pencapaian

  • 2007 – 2010 : Kelab Nacional 20 penampilan  (5 gol)
  • 2007 – 2008 → Central Español (loan) 11 (5)
  • 2009 – 2010 → Racing Montevideo (loan) 24 (12)
  • 2011 – 2015 San Lorenzo 94 (35)
Info terkini, Martín Cauteruccio tidak akan ke JDT selepas kelabnya, San Lorenzo meminta pampasan sebanyak USD4 juta untuk melepaskan beliau ke JDT. Paulo Rangel adalah pengganti Luciano di JDT.

0 comment... add one now