Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online

Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor Secara Online. Untuk makluman terdapat banyak bantuan zakat Selangor yang boleh di mohon oleh mereka yang berkelayakan. Berikut disertakan informasi penting berkenaan dengan Permohonan Bantuan Zakat Selangor Secara Online  yang perlu di buat kepada pemohon yang layak.

Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online

 “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
Bantuan Zakat Selangor

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor seperti berikut :
  1. Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 3 (TIGA) tahun.
  4. Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah).
  5. Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

Cara Memohon

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor di mana Borang Permohonan boleh diperolehi di:

1. Kaunter LZS

Ibu Pejabat LZS
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Talian Zakat Selangor: 1-800-88-5353
Talian Operator: 03-5522 7700
Faks: 03-5522 7722
Email: callcentre@e-zakat.com.my
Web: http://www.zakatselangor.com.my


2. Muat Turun Borang Secara Online


Borang Bantuan Zakat
  1. Borang Permohonan Agihan Zakat    
  2. Borang Maklumat Peribadi Asnaf Fakir Miskin    
  3. Dokumen Lampiran Permohonan Agihan Zakat Pendidikan, Perubatan dan Hutang (Perlu ada)    
  4. Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji) – WAJIB UNTUK SEMUA JENIS PERMOHONAN ZAKAT    
  5. Borang Pengesahan Sekolah Rendah/Menengah (Untuk Asnaf Fakir Miskin).     

Senarai Bantuan Zakat Selangor

A. Asnaf Fakir dan Miskin

Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

  1.  Bantuan Kewangan Bulanan
  2.  Bantuan Keperluan Pendidikan
  3.  Saguhati Hari Raya
  4.  Pembinaan Rumah Individu
  5.  Bantuan Makanan Bulanan
  6.  Pembinaan rumah individu
  7.  Kursus dan Latihan
  8.  Bantuan Yuran Sekolah Rendah/Menengah
  9.  Biasiswa Pelajaran
  10.  Bantuan Sewa Rumah
  11.  Bantuan kewangan bulanan
  12.  Bantuan Modal Perniagaan
  13.  Membaik Pulih Rumah
  14.  Bantuan Perubatan
  15.  Bantuan Pengurusan Jenazah

B. Asnaf Muallaf

Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
  1.  Saguhati Hari Raya
  2.  Bantuan Kewangan Bulanan
  3.  Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
  4.  Bantuan Sewa Rumah
  5.  Dermasiswa Muallaf
  6.  Bantuan Perkahwinan
  7.  Bantuan Umum Pelajaran
  8.  Pembinaan Rumah Individu
  9.  Saguhati Galakan Saudara Baru
  10.  Bantuan Modal
  11.  Bantuan Perubatan Muallaf
  12.  Kursus dan Latihan
  13.  Pembinaan Rumah Berkelompok
  14.  Pengurusan Jenazah
  15.  Bantuan Berkhatan


C. Asnaf Fisabilillah

Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
  1.  Bantuan Umum Pelajaran
  2.  Bantuan Kepada Persatuan/Badan Islam
  3.  Bina/Baik Pulih Sekolah Agama
  4.  Dermasiswa Belajar Di Luar Negara
  5.  Program Penerapan Nilai-Nilai Islam
  6.  Dermasiswa Huffaz Al-Quran
  7.  Pembinaan/Baik Pulih Institusi Agama
  8.  Pembinaan Baik Pulih Masjid
  9.  Pembinaan Baik Pulih Surau
  10.   Bantuan Karpet Masjid/Surau
  11.   Pembinaan Baik Pulih Surau Sekolah
  12.   Dermasiswa Kecil Pelajar SAMR/T
  13.   Bantuan Keperluan Sekolah
  14.   Bantuan Peralatan Masjid/Surau
  15.   Bantuan Pendidikan/Penerbitan
  16.   Bantuan Banjir
  17.   Bantuan Kebakaran
  18.   Dermasiswa Pelajar Cemerlang
  19.   Bantuan Ribut

D. Asnaf Gharimin


Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
  1.  Hutang Rawatan Dialisis
  2.  Hutang Perubatan
  3.  Hutang Kerana Keperluan Hidup
  4.  Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
  5.  Hutang Badan/Persatuan


E. Asnaf Ibni Sabil


Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

  • Putus bekalan dalam perjalanannya.
  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan.
  1. Bantuan Musafir
  2. Bantuan Tiket Pergi/Balik 
  3. Bantuan Pelajar Luar Negara
Maklumat berkenaaan dengan Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online ini boleh dirujuk secara lengkap di Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor.

0 comment... add one now