Borang Permohonan Rumah Transit 1Malaysia (RT1M)

Borang Permohonan Rumah Transit 1Malaysia (RT1M). Satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu golongan muda berpendapatan rendah telah diwujudkan. Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) adalah bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan. 

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah. Bagi yang berminat, sila merujuk kepada syarat dan bagaimana mendapatkan borang permohonan RT1M di bawah ini.


Borang RT1M


Syarat Permohonan RT1M

Berikut adalah Syarat-Syarat Permohonan Rumah Transit 1 Malaysia:

  • 1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • 2. Pemohon berumur 30 tahun dan ke bawah.
  • 3. Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di Kuala Lumpur.
  • 4. Pemohon bekerja di Lembah Klang.
  • 5. Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan.
  • 6. Tiada rekod jenayah.

Kadar Sewa dan Tempoh Sewa:


  • 1. Kadar Sewa : RM250 sebulan
  • 2. Tempoh Sewa : 2 tahun
  • 3. Notis Makluman untuk pengosongan rumah akan dikeluarkan kepada penyewa dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tamat kontrak

Syarat-syarat lain:


  • 1. Pemohon tidak boleh menyewakan (sub let) rumah transit.
  • 2. Pemohon tidak boleh menuntut sebarang kos untuk pindah masuk / keluar ke / dari rumah transit tersebut.

Kemudahan di RT1M


  • a) Dewan serbaguna;
  • b) Ruang taska;
  • c) Kedai / gerai;
  • d) Pejabat pengurusan;
  • e) Tempat letak kereta;
  • f)  Tempat letak motosikal;
  • g)  Pagar kawasan
  • h)  Kawalan keselamatan;
  • i)   Surau;
  • j)   Lif ; dan
  • k)  Landksap; 

Borang Permohonan Rumah Transit 1Malaysia (RT1M)

Borang permohonan boleh didapati di alamat seperti di bawah atau secara online. Borang permohonan lengkap boleh dihantar secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut:

1) Muat turun Borang Permohonan 


2) Hantar secara pos atau serahan tangan ke :
PengarahBahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPRJabatan Perumahan NegaraKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 35, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 PutrajayaTel    : 03-8891 4371/4384/4385/4386/Faks    : 03-8891 4226

Semoga Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) ini dapat membantu golongan yang memerlukan untuk hidup selesa di bandar.


0 comment... add one now