Harga Terkini Tambang KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015

Harga Terkini Tambang KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015. Berikut adalah kadar tambang baru perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula 2 Disember 2015. Punca kenaikan kadar tambang baru ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaran yang telah meningkat setiap tahun.

Harga Terkini Tambang KTM Komuter

Harga Terkini Tambang KTM Komuter Bermula 2-12-2015

  • Tambang KTMB Komuter akan naik dari 4 sen satu kilometer (KM) dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
  • Kadar kenaikan tambang baru ini adalah mengikut perjalanan stesen ke stesen, tetapi harga tambang komuter bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak mengalami sebarang perubahan.
  • Diskaun 20 peratus daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran  tambang tanpa tunai (Touch' n Go).
  • Diskaun sebanyak 24 peratus bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33 peratus untuk tiket bulanan.  
  • Pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi juga layak menerima tambang konsesi sebanyak 50 peratus
  • Tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikekalkan iaitu 50 peratus daripada kadar tambang  tunai baru manakala kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah percuma.
Untuk makluman, pelarasan tambang kali terakhir bagi KTM Komuter adalah pada Februari 2003.
  • Tambang Tunai Komuter

tambang tunai komuter

  • Tambang Tanpa Tunai (Cashless) Komuter

tambang cashless komuter
Sumber Grafik : Malaysiakini

0 comment... add one now