Keputusan Chong Wei Vs Lin Dan Terbuka China 14-11-2015

Keputusan Chong Wei Vs Lin Dan Terbuka China 14 November 2015. Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei setelah berjaya menewaskan musuh tradisi, Lin Dan di Separuh Akhir, Kejohanan Badminton Terbuka China 2015 yang tamat sebentar tadi. 

Kini harapan Malaysia untuk merangkul gelaran peseorangan lelaki terletak kepada bahu Chong Wei yang akan turun di peringkat final bertemu Chen Long, esok petang Ahad, 15 November 2015. 
  • Live streaming dan Keputusan Chong Wei vs Chen Long 15-11-2015 klik LIVE SCORE
KEPUTUSAN CHONG WEI VS LIN DAN 14 NOVEMBER 2015
  • 1st set  : LCW 17-21 LD
  • 2nd set : LCW 21-19 LD
  • 3rd set  : LCW 21 - 19 LD
Badminton Terbuka China 2015

Sebelum layak ke Separuh Akhir, Chong Wei yang kini berada pada ranking kesembilan dunia menundukkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark, 21-11, 11-21, 21-10, sekali gus melebarkan rekod pertemuan mereka kepada 14-1. Lin Dan terlebih dahulu menewaskan pemain ranking ke-15 dunia, Hu Yun dari Hong Kong 21-8, 10-21, 21-17 untuk mengesahkan tempat di separuh akhir.

Walaupun menang, Lin Dan masih memegang rekod pertemuan 25-10 ke atas Chong Wei termasuk kemenangan terbaru di Terbuka Jepun September 2015 manakala kali terakhir Chong Wei menundukkan pemain kidal itu adalah di Terbuka Korea, Januari 2012.

Satu lagi pertemuan separuh akhir adalah antara juara dunia, Chen Long dari China yang menyingkirkan Viktor Axelsen dari Denmark 21-17, 21-13, dengan San Wan Ho dari Korea Selatan yang menundukkan pemain tuan rumah, Shi Yuqi 21-19, 11-21, 21-18. Chen Long menang mudah 21-11 dan 21-17 untuk bertemu Chong Wei di Final Badminton Terbuka China 2015.


0 comment... add one now