Keputusan Juara Rugby World Cup 2015 New Zealand Vs Australia

Berikut adalah Keputusan Final Juara Rugby World Cup 2015 New Zealand Vs Australia yang berlangsung awal pagi ini di England. New Zealand berjaya menahan kebangkitan Australia untuk mencatat kemenangan 34-17 pada perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi 2015 untuk catatan sejarah menjulang Piala Dunia Ragbi buat kali ketiga.

New Zealand menguasai permainan pada separuh pertama tetapi hanya mampu mendahului 9-3 akibat permainan bertahan kental dari Australia. Hanya selepas mendahului 21-3, barulah Australia berjaya bangkit dengan merapatkan jurang jaringan kepada 21-17 ketika berbaki 10 minit perlawanan.

juara ragbi piala dunia 2015

Kebangkitan Australia berakhir selepas New Zealand berjaya menjarakan kedudukan kepada 34-17 sehingga tamat permainan.

Keputusan Final Piala Dunia Ragbi 2015

Juara

  • New Zealand        34
  • Australia            17

Tempat Ketiga

  • Afrika Selatan    24
  • Argentina         13

0 comment... add one now