Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM

Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM. Dipetik daripada Maklumat kemasukan permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), pelajar harus menduduki satu ujian khas iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) sebelum diterima masuk. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam ujian ini akan diberi keutamaan untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 di MRSM seluruh negara.

Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM

Berikut dikongsikan maklumat secara general berkaitan soalan UKKM yang dikongsikan dari pelajar-pelajar yang telah menduduki ujian sebelum ini. Menurut makluman MARA, UKKM akan diadakan buat pelajar Tingkatan 1 (Kemasukan Sabah dan Sarawak) pada 14 hingga 18 Disember 2015. UKKM Tingkatan 4 (Semenanjung) pula akan diadakan dari 16 hingga 20 November 2015.


ukkm mrsm


Contoh Format UKKM

Mengikut pengalaman mereka yang pernah menduduki Peperiksaan UKKM Tingkatan 1, ianya dimulakan dengan sesi temuduga dahulu sebelum menjawab soalan matematik, sains dan keperibadian. Semasa sesi temuduga pelajar akan ditanyakan dengan soalan Bahasa Inggeris. Ianya mungkin berbeza sekarang, hanya pemohon yang telah menghadiri sahaja yang tahu.
  • Bahasa Inggeris - 15 soalan
  • Sains - 50 soalan
  • Matematik - 40 soalan
  • Psykologi - 100 soalan
atau

  • 1) Soalan Matematik (50 soalan) : 75 minit
  • 2) Soalan Sains (50 soalan) : 60 minit
  • 3) Soalan Keperibadian/ Personaliti (100 soalan) : 30 minit

Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM seperti Kad Pengenalan, Angka Giliran, Kalkulator dan lain-lain lagi.


Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

Semoga Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM secara asas ini serba sedikit dapat membantu pelajar/ pemohon dalam membuat persediaan ke ujian ini. Pelajar yang telah menduduki ujian UKKM ini boleh berkongsi pengalaman mereka untuk kemudahan dan rujukan pemohon untuk tahan berikutnya. Semoga berjaya dengan cemerlang.

{ 11 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 02 Disember, 2015
apa dok2 yg diperlukan semasa ujian.
Tanpa Nama Tanpa Nama 02 Disember, 2015
Maklumat utk pakaian & dokumen yg perlu dipakai & dibawa semasa hari ujian ada dinyatakan didalam borang permohonan yg dicetak selepas memilih pusat ujian
wafiq zak wafiq zak 03 Disember, 2015
sains ade bahagian b ke ?
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Disember, 2015
bole bawa kulkulator?
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Disember, 2015
Format UKKM yang dipostkan ini SALAH.
Rossa Calla Rossa Calla 08 Disember, 2015
Jika salah tolong kongsikan yang terkini. Format diatas dikongsikan oleh mereka yang menduduki UKKM tahun sebelumnya
mrhanafi mrhanafi 17 Disember, 2015
anak saya baru lepaas ambik ujian kelayakan MRSM
Lenni amira Lenni amira 21 Januari, 2016
anak sya tak dpt surat suruh dtg interview.. atau kene pegi sendiri ?
ayu athirah ayu athirah 20 November, 2016
sijil kokurikulum mesti difotostat atau bawak yang sebenar je???