Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor

Bantuan Subsidi Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ). Rakyat Johor sedia maklum yang Bajet Negeri Johor tahun 2016 telah dibentangkan pada hari Khamis, 19 November 2015 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar. Salah satu perkara penting yang telah diumumkan adalah Bantuan Subsidi Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ).  Berikut dikongsikan panduan cara memohon dan syarat bantuan.

TERAS PERTAMA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT AGENDA 1: PROJEK KEHIDUPAN Skim Subsidi Pembinaan / Pembaikan Rumah 2. Program Rumah Mesra Rakyat Johor akan dilaksanakan bertujuan memberi subsidi bagi membantu mereka yang berhasrat membina dan menambah baik kediaman di atas tanah milik sendiri. 
Pendaftaran Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor

Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor

Rumah Mesra Rakyat Johor adalah satu lagi inisiatif kerajaan Johor memberi peluang bagi rakyat Johor yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah di atas tanah mereka di kawasan bandar atau luar bandar

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 20 Juta sebagai subsidi dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) menjadi kontraktor yang bertanggungjawab dalam membina 3000 RMRJ menjelang 2018

Untuk melaksanakan inisiatif ini, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan dilantik menjadi kontraktor yang bertanggungjawab. Di bawah program tersebut, subsidi RM20 juta akan diberikan melalui 3 skim bantuan berdasarkan harga dan keluasan rumah. Iaitu;

  • a. Bantuan RM10,000 bagi rumah berharga RM64,000 seunit,
  • b. Bantuan RM12,500 bagi rumah berharga RM72,500 seunit,
  • c. Bantuan RM15,000 bagi rumah berharga RM85,000 seunit.

SUMBER : FB Datuk Hj Abd Latif Bandi, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor, sila hubungi KPRJ di talian 07-2358377. Borang RMRJ sila klik : RMRJ

Untuk mereka yang berminat, prosedur dan syarat Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk maklumat lanjut sila rujuk panduan dan maklumat penting di Facebook RMRJ.

0 comment... add one now