Permohonan Kemasukan Maahad Tahfiz Pahang 2016 Online

Permohonan Kemasukan Maahad Tahfiz Pahang 2016 Online. Dipetik dari makluman rasmi Laman Web Maahad Tahfiz Pahang, adalah dimaklumkan yang permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Tahfiz Profesional tahun 2016 kini dibuka hanya secara atas talian sahaja (online). Permohonan ke Maahad Tahfiz ini terbuka kepada semua pelajar lepasan tahun enam (6) sesi persekolahan 2015.  

Borang Permohonan Kemasukan Maahad Tahfiz Pahang 2016 Online


  • Permohonan Dibuka : 17 November 2015
  • Permohonan Ditutup : 25 November 2015
  • Applikasi Permohonan : KLIK MOHON
  • Semakan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Tahfiz Profesional  select [Klik SEMAK]

Maahad Tahfiz Pahang online

Borang Pendaftaran Pelajar Online - Maahad Tahfiz Negeri Pahang  

Syarat-Syarat Permohonan

1.    Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrifan berikut :
       a) Permohonan atau ibubapa dilahirkan di Negeri Pahang

2.    Berumur tidak melebihi 13 tahun

3.    Memperolehi 5A atau sekurang-kurangnya 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

4.    Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-Quran.

5.    Lulus dalam temuduga dan ujian simulasi yang dijalankan.


Nota Penting : 


  • Peluang Kemaskini : 3 Kali
  • Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online Tahfiz Profesional 2016 bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut. Ini kerana, sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan tepat antara salah satu punca yang boleh menyebabkan permohonan calon gagal. Sila baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan pada laman sistem permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan. Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan. Sebarang pengemaskinian seperti untuk membetulkan kesilapan boleh dilakukan sebanyak tiga (3) kali sepanjang permohonan.


0 comment... add one now