Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 Online

Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2016 Online. Anda seorang pelajar Bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Permohonan adalah dipelawa untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas samada lepasan SPM atau tidak dengan syarat boleh membaca, menulis dan minat iaitu 3M. Mereka yang berkelayakan dan sihat tubuh badan boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2016.

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.  
Permohonan GIATMARA Online


Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 Online

1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)

Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online di Borang Online GIATMARA

2. Program Separuh Masa (Secara Manual)

Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi  borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

3. Senarai Kursus GIATMARA

Senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti di (Senarai Kursus).

4. Senarai Lokasi GIATMARA

Senarai lokasi GIATMARA berhampiran anda (Lokasi GIATMARA ).
Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online bagi mengelakan permohonan tidak lengkap.
Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.m. Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 Online dan semoga anda berjaya. 

{ 14 comments.. read them below or add one }

Mohd Arif Zainal Mohd Arif Zainal 09 Februari, 2016
Daftar bulan 2 bleh ke..respon pless
Aida Suhaila Aida Suhaila 22 Februari, 2016
Bulan 2 xde lg..dia buka 2 kali setahun, kemasukan bulan 1 dan bulan 7..untuk bulan 7, permohonan buka bulan 5 or 6 nanti
nur asna sha nur asna sha 19 Mac, 2016
Mcm mana nak mohon. Mohon melalui online or pergi terus ke giatmara berdekatan? Dlm bulan 5 6 7 ke?
Shima486 Shima486 28 Mac, 2016
kalau permohonan untuk separuh masa macam mana? Setiap hari selepas waktu kerja atau sabtu dan ahad?
man man 05 April, 2016
Bgaimna nak mohon giatmara spruh mara?? Jadualnya mcm mna? Bleh ke ambk 2 hri iaitu cuti shja? Mhon diperjelaskan. Tq.
Amirul Amirul 08 April, 2016
Kalau ada sijil upsr sja blh mohon x
Tanpa Nama Tanpa Nama 03 Mei, 2016
Saya dah buat permohonan online tapi keterangan kat situ kata saya belum daftar kursus . Mcm mne tu ya ?
Unknown Unknown 18 Mei, 2016
Saya dh pilih kursus. Tp status still permohonan baru. Bila agaknya tarikh semakan keputusan keluar?
Bloody Fist Bloody Fist 11 Jun, 2016
Kalau full time, online. Awk isi je borang mini kat bawah sblah kiri webpage dulu.
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 Julai, 2016
Daftar bulan 7 dia terima tak? Utk sesi julai2016
Sofi Sofi 06 Ogos, 2016
Saya dh buat permohonan.. Tapi tak ada information lgsong ni.. So mkn mna?
Faser Faser Faser Faser 12 Ogos, 2016
Klauu sayaa mau daftar bln ni .. Masii boleh diterima kh ??
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 September, 2016
Mcm mn nk buat permohonan online??
Apartment Apartment 17 November, 2016
mcm mne nk taw dpt ke x?saya dh mohon on9