Permohonan Kemasukan INSTEP Petronas Januari 2017 Online

Permohonan Teknologi Petroleum Di INSTEP Petronas Januari 2017 Online. Berita baik buat lepasan Diploma. Permohonan Kemasukan untuk mengikuti Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS (Sesi Kemasukan Januari 2017) kini di buka. Pemohon yang berkelayakan dan komited untuk menyertai Program Teknologi Petronas (PTP) adalah dipelawa untuk memohon sebelum tarikh tutup pada 25 November 2016.

Permohonan INSTEP Petronas Online

Permohonan Kemasukan INSTEP Petronas Januari 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan untuk panduan semua. Permohonan adalah dibuka kepada lepasan Diploma yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknikal atau Sains daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
 
  • Tarikh Buka Permohonan : 15 November 2016 (SELASA) - 800 pagi
  • Tarikh Tutup Permohonan : 25 November 2016 (JUMAAT) - 500 petang

Berikut adalah program yang ditawarkan untuk sesi pengambilan kali ini:

PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM (PTP-1)

  • Program persediaan 1 tahun untuk lepasan Diploma (Kejuruteraan & Teknikal sahaja)
  • Bidang ditawarkan : (Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran)

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia yang masih bujang.
  2. LEPASAN DIPLOMA yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknikal atau Sains daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  3. Mempunyai latar belakang subjek sains tulen atau sekolah teknikal ( Fizik / Kimia/ Kejuruteraan )
  4. Berumur tidak lebih daripada 30 tahun pada 1 Januari 2017.
  5. Sihat tubuh badan, tidak rabun warna dan fizikal sesuai untuk bekerja dalam industri minyak dan gas.
  6. BMI tidak melebihi 30 pada waktu memohon.
  7. Keutamaan diberikan kepada mereka yang aktif di dalam sukan dan aktiviti kepimpinan.
  8. Pemohon yang sedang/telah mempunyai ijazah sarjana muda/master tidak digalakkan memohon.

-Syarat Permohonan INSTEP

  1. Permohonan mestilah dibuat secara "online" melalui portal laman Permohonan INSTEP
  2. Klik Pemohon Baru atau Pemohon Berdaftar
  3. Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank Berhad - No. Akaun: 8006631956.
  4. Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.
  5. Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
  6. Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke :
Admission Unit, Bridging Programme Management Department,
Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Lot 9764,Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu.

* Sila teliti/dapatkan setiap panduan yang disediakan di laman web bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan secara "online".

Iklan Permohonan

Untuk maklumat lanjut permohonan, sila rujuk iklan permohonan di bawah ini.
Permohonan INSTEP Petronas

Selamat membuat Permohonan Kemasukan INSTEP Petronas Januari 2017 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. 

0 comment... add one now