Permohonan Kemasukan Ke UUM 2017 Online

Permohonan Kemasukan Ke UUM 2017 Secara Online. Permohonan melanjutkan pengajian semester 2 atau ambilan kedua (Februari 2017) ke UUM kini dibuka bermula 8 hingga 27 November 2016. Tarikh permohonan  dikongsikan menerusi makluman rasmi dari Laman Web Jabatan Hal Ehwal Akademik, Universiti Utara Malaysia (UUM). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UUM 2017 akan dibuka bagi Program Ijazah Sarjana Muda UUM untuk lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.

Permohonan UUM 2017 Online
  • Semakan keputusan permohonan UPUOnline bagi lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2016/2017 boleh disemak mulai 8 Ogos 2016, jam 12.00 tengahari. Klik http://jpt.uum.edu.my/spm/default.aspx 

Permohonan Kemasukan Ke UUM 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan UUM semeseter 2 sesi pengajian 2016/ 2017 yang mengandungi tarikh penting, syarat dan program yang ditawarkan.
  • Tarikh buka permohonan : 8 November 2016 (1200 tengahari) 
  • Tarikh tutup permohonan : 27 November 2016 (1200 tengahari)
  • Tarikh akhir penerimaan dokumen: 8 Disember 2016 (1200 tengahari) 

Calon-calon adalah dinasihatkan untuk membaca lampiran-lampiran berikut dalam PDF terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan secara atas talian:
  1. Lampiran A: Program yang ditawarkan
  2. Lampiran B: Syarat am dan syarat khas
  3. Lampiran C: Pengiktirafan program
  4. Lampiran D: Bayaran wang proses
  5. Lampiran E: Senarai semak

Syarat Am Permohonan

  1. Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)/Setaraf  dengan  mendapat  kepujian  dalam  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu/Bahasa  Malaysia  atau Kepujian  Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  2. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). 

Applikasi Permohonan Online UUM 

  • [ Sila klik Link di UUM 2017] Link @ http://asisonline.uum.edu.my/online_app/menu_apply.aspx
* (Nota: Sila simpan no.borang sebagai rujukan permohonan)

Semakan Keputusan UUM Ambilan Kedua 2016/ 2017

  • Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan Januari 2017.

Maklumat Kemasukan Ambilan Kedua 2015/ 2016

Untuk panduan dan maklumat lanjut mengenai permohonan dan syarat, sila muat turun maklumat dibawah ini:
  • 1. Senarai Program yang ditawarkan : [ Muat Turun ]
  • 2. Syarat Kemasukan Bagi Lepasan Diploma : [ Muat Turun ]
  • 3. Kelayakan Institusi dan Diploma yang diiktiraf oleh Senat UUM  : [ Muat Turun]
  • 4. Cara Bayaran Wang Proses : [ Muat Turun di sini 
  • 5. Senarai Semakan : [ Muat Turun di sini ]

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 

  • Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP) di talian 04-928 3324/3323/3335 / 3334 /3309.

Permohonan yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh akhir terimaan dokumen tidak akan diproses.

Jabatan Hal Ehwal Akademik,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok Kedah
MALAYSIA
Tel: +604-928 3324/3323/ 3335/ 3334/ 3309
Fax: +604-9283305
Email: hea@uum.edu.my


Selamat membuat Permohonan Kemasukan Ke UUM 2017 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan sesi Februari nanti.

0 comment... add one now