Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama

Borang Permohonan Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama 2016 Online. Ramai Rakyat Malaysia yang inginkan rumah pertama sendiri namun pembayaran deposit rumah kerap kali menjadi isu berbangkit dan penghalang untuk mereka memiliki rumah. Langkah kerajaan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi pembeli rumah pertama dalam Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016 Online merupakan satu peluang terbaik untuk mereka memiliki rumah khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan.
Skim Deposit Rumah Pertama

Skim MyDeposit Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Objektif utama Skim Deposit Rumah Pertama 2016 Online ini seperti dibentangkan dalam Bajet 2016 adalah membantu pembeli rumah pertama memiliki rumah mampu milik dengan memberi bantuan bayaran deposit sekaligus meringankan beban rakyat.

Maklumat Penting Skim MyDeposit

Berikut dikongsikan di antara kelebihan dan manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) :-
  1. Akan dilaksanakan bermula 6 April 2016
  2. Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) dengan pendapatan isu rumah di antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan membeli rumah
  3. Pemberian sumbangan 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama untuk membantu mereka membeli rumah berharga RM80,000 hingga RM500,000. 
  4. Pemohon boleh membuat permohonan secara online (atas talian) menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  5. Applikasi permohonan MyDeposit : Sila klik daftar atau log masuk untuk memohon 

Syarat Permohonan MyDeposit

Pelaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima oleh KPKT adalah berdasarkan kepada kelayakan seperti berikut :
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan;
  2. Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
  3. Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
  4. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
  5. Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
  1. Projek perumahan baru yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  2. Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

Cara Hubungi

Cawangan Pengurusan Perumahan
- 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460

Bahagian Teknologi Maklumat
- 03-8891 4478


Sila layari Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di http://www.kpkt.gov.my/ untuk keterangan/ pengumuman penting yang lebih lanjut mengenai Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016 Online.
Sumber : MyDeposit

0 comment... add one now