Resepi Mee Hailam Sedap Dan Mudah

Mee Hailam adalah masakan popular Malaysia yang berkuah. Untuk mendapatkan mee hailam ataupun mee berkuah yang sedap seperti Resepi Mee Hailam Sedap Dan Mudah di bawah ini, petuanya hendaklah menggunakan air rebusan dan jangan gunakan air paip. Mee yang digunakan pula hendaklah di basuh terlebih dahulu untuk membuang lebihan minyak dan soda yang digunakan bagi memastikan mee sentiasa lembut.

Resepi Mee Hailam Sedap Dan Mudah

Berikut dikongsikan dua resepi Mee Hailam sedap dan mudah di buat untuk peminat dan pengemar masakan Mee Hailam ini.

Mee Hailam

Resepi Mee Hailam Sedap 1

Bahan-Bahan

  • 1 kilo daging
  • Mee kuning (basuh dahulu dan toskan)
  • sedikit halia (dihiris halus)
  • 2 sup bunjut
  • 2 biji bawang besar (potong empat)
  • 1 ikat daun sawi (cuci dan asingkan batang dan daunnya)
  • Carot (dipotong biasa)
  • 4 keping fishcake atau bebola ikan (ikut suka) atau udang
  • Sedikit tepung jagung
  • Sos cili/sos tomato
  • Sedikit kicap manis (ikut suka)
  • Lada hitam

Cara Memasak:

Rebus daging dengan halia, bawang besar dan sup bunjut. Rebus sampai empuk. Asingkan dahulu.

Apabila hendak makan, sila

  • 1) Ambil air rebusan bersama sedikit daging dan masukkan dalam kuali
  • 2) Masukkan sedikit sos dan  serbuk lada hitam 3) Masukkan fishcake dan udang jika suka
  • 4) Kemudian masukkan batang sawi dan akhir sekali masukkan mee & sayur sawi.
  • 5) Bancuh tepung jagung sikit dgn air, masukkan sikit2 ikut kepekatan yg anda suka.
  • 6) Masukkanlah garam.
  • 7) Boleh dihidangkan panas-panas.
SUMBER

Resepi Mee Hailam Sedap 2

Bahan-bahan

  • 1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
  • Perencah ayam/udang/sotong
  • Sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 6 biji cili api
  • 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
  • Sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara-cara

  • Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian
  • letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
  • Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Masukkan sayur-sayuran dan mi.

Begitulah Resepi Mee Hailam Sedap Dan Mudah yang boleh di masak atau di cuba oleh anda sendiri di rumah. Sebarang cadangan resepi mee hailam yang sedap boleh dicadangkan di ruangan komen di bawah ini. 


0 comment... add one now