Resepi Roti Jala Dan Kuah Kari Ayam Yang Sedap Dan Lembut

Resepi Roti Jala Dan Kuah Kari Ayam Yang Sedap Dan Lembut. Siapa tidak kenal Roti jala makananan kegemaran rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu pagi dan petang. Roti jala biasanya dihidangkan bersama kuah seperti kuah kari ayam ataupun daging. Roti Jala sering kali menjadi makanan pilihan terutama pada hari perayaan istimewa ataupun jamuan rasmi.

Resepi Roti Jala Dan Kuah Kari Ayam Yang Sedap Dan Lembut

Berikut dikongsikan resepi Roti Jala dan kuah kari ayam/ daging yang boleh di buat secara sendiri di rumah. Selamat mencuba.

roti jala sedap

ROTI JALA

Bahan-bahan :

  • 1) 500 gram tepung gandum
  • 2) 500 ml air
  • 3) 2 biji telur
  • 4)1 sudu teh serbuk kunyit
  • 5) ½sudu teh garam
  • 6) Minyak secukupnya
  • 7) Simpulan daun pandan sebagai berus minyak

Cara :

  • 1) Bancuh tepung dengan semua bahan kecuali minyak dalam pengisar dan tapis.
  • 2) Panaskan kuali leper dan sapu rata permukaan kuali dengan minyak menggunakan daun pandan.
  • 3) Layangkan adunan dalam cawan roti jala.
  • 4) Setelah selesai angkat dan lipatkan segiempat atau segitiga atau boleh juga digulungkan
  • 5) Hidang dengan *gulai daging / ayam.

*GULAI DAGING / AYAM

Bahan- bahan:

  • 1) 250 gram daging atau ½ ekor ayam
  • 2) 2 biji bawang merah
  • 3) 2 ulas bawang putih
  • 4) ½ inci halia
  • 5) 1 inci kulit kayu manis
  • 6) 1 kuntum bunga lawang
  • 7) 2 biji buah pelaga
  • 8) 3 kuntum bunga cengkih
* No 2 hingga 8 - perlu ditumbuk

  • 9) ½cawan santan pekat
  • 10 )2 cawan santan cair
  • 11) 2 biji kentang (potong 8)
  • 12) 1 tangkai daun kari
  • 13) 1 bungkus kecil rempah kari daging (bancuh dengan ¼ cawan air)
  • 14) 1 sudu makan kerisik
  • 15) 2 sudu makan minyak masak
  • 16) 1 ½ sudu teh garam

Cara:

  • 1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan daun kari sehingga wangi.
  • 2) Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
  • 3) Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata.
  • 4) Masukkan santan cair dan kerisek dan biarkan sehingga mendidih.
  • 5) Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
  • 6) Masukkan garam,kacau dan biarkan pekat. Tutup api. Angkat dan hidang bersama roti jala.

Sedia untuk dihidangkan.
SUMBER


0 comment... add one now