Sambutan Kemenangan JDT Dataran Bandaraya JB 3 November 2015

Program Sambutan Kemenangan JDT Julang Piala AFC 2015 Di Dataran Bandaraya JB 3 November 2015. Tahniah kepada JDT kerana berjaya mencipta sejarah sebagai kelab pertama dari Malaysia menjuarai AFC Cup 2015. Untuk makluman, program sambutan meraikan kejayaan pasukan Johor Darul Ta`zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam esok, Selasa, 3 November 2015 bermula jam 8 malam.

Sambutan Kemenangan JDT Dataran Bandaraya JB 3 November 2015

Mengikut pengumuman menerusi akaun laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers sebentar tadi, skuad Harimau Selatan bimbingan Mario Gomez ini akan mengarak trofi Piala Asia dengan menggunakan bas khas dan bermula di stadium. Berikut adalah laluan yang bakal dilalui oleh bas sebelum berakhir di Dataran Bandaraya :-
  • Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos - Bomba Larkin - JPJ Lama - Jalan Tun Razak - City Square - Jalan Wong Ah Fook - Tropical Inn - Jalan Trus - Kotaraya - Jalan Ibrahim - U turn ke Jalan Tun Dr Ismail - Lot 1 - Hospital Sultanah Aminah - U turn depan Gerbang Istana Bukit Serene - Terus ke Dataran Bandaraya (melalui tepi laut) - KFC - Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Laluan bas Sambutan Kemenangan JDT Dataran Bandaraya

"Penyokong dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana sambutan bagi meraikan kejayaan pasukan JDT menjadi juara kejohanan berprestij tersebut," kata kenyataan menerusi laman Facebook JDT itu. JDT merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 selepas menumpaskan FC Istiklol, 1-0 di Dushanbe, Tajiskitan pada aksi final malam Sabtu lalu.


0 comment... add one now