Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

Tarikh Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan UPSR 2017 diumumkan? Semakan Online dan SMS UPSR? Pada tahun lepas, keputusan UPSR 2016 telah diumumkan pada hari Khamis, 17 November 2016. Untuk makluman, keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 telah diumumkan secara rasmi pada hari Selasa 17 November 2015. 

Tahun ini, terdapat seramai 443,794 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksan UPSR di sebanyak 8,085 pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Seramai 51,363 petugas pula telah dilantik bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar.

Tarikh rasmi keputusan upsr 2017 diumumkan

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2017 Diumumkan

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan UPSR 2017 melalui beberapa kaedah semakan. Calon-calon perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan UPSR mereka. Slip keputusan boleh diambil bermula dari pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR 2017 diumumkan. Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS. 

  • Tarikh Keputusan UPSR 2017 Diumumkan : Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 17 November 2016 (Khamis))

Contoh Semakan Keputusan UPSR 2017 Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS ke 15888.
 
  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2017 ini akan diaktifkan bermula (akan dikemaskini). Tahun 2016 pada jam 10.00 pagi pada hari Khamis, 17 November 2016 sehingga jam 11.59 malam, 23 November 2016.


Semakan Keputusan UPSR 2016 SMS

Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Semakan Online

Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan. 
  1. Klik SPPAT
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada  ruangan yang disediakan 

Nota

Mulai tahun 2017: Keputusan UPSR dan PT3 mesti mengandungi bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut PBS. Berbanding sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat mengamati keputusan akademik, sahsiah, sukan para pelajar dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah.

* Borang permohonan Semak Semula/ Kes T UPSR 2016 boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan di pautan UPSR 2015

Buat pelajar Darjah 6 tahun 2017, selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2017 secara Online Dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

0 comment... add one now