Senarai Jalan Alternatif Akibat Tanah Runtuh Di Lebuhraya KL-Karak

Senarai Jalan Alternatif Akibat Tanah Runtuh Di Lebuhraya KL-Karak. Satu kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur telah berlaku di sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam Rabu, 11 November 2015. Ekoran kejadian, berikut merupakan jalan alternatif LPT1 yang dikongikan dari FB LLM Malaysia .

Dalam satu kenyataan, pengendali lebuh raya, Anih Berhad telah menyatakan laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.

Tanah Runtuh Di Lebuhraya Karak 11-11-2015

Senarai Jalan Alternatif LPT1 Akibat Tanah Runtuh Di Lebuhraya KL-Karak

1. Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur :

  • 1. Keluar Plaza Tol Karak divert ke Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL
  • 2. Bentong -Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL

2. Pengguna yang telah terlepas ke Plaza Tol Bentong :

  • 1. Buat pusingan U sebelum Plaza Tol Btg - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL

3. Pengguna dari Kuala Lumpur dan Pengguna yang telah terlepas sampai Lentang:

  • Buat pusingan U di Hentian Rehat Lentang - KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak - LPT1
Jalan Alternatif Tanah Runtuh Di Lebuhraya Karak

Moga Senarai Jalan Alternatif LPT1 Akibat Tanah Runtuh Di Lebuhraya KL-Karak ini mampu dijadikan panduan kepada pengguna yang ingin ke sesuatu destinasi melalui Lebuhraya ini.

* Terkini
Lebuhraya KL-Karak kini di buka secara berperingkat-peringkat bermula Hari Sabtu, 14 November 2015. 


0 comment... add one now