Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Astro Ria

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Astro Ria. Drama terbaru di Astro Ria yang dijangka menarik iaitu Tuan Anas Mikael adalah adaptasi novel karya Syammuriezmil. Ianya telah bersiaran bermula pada 9 November 2015 jam 1000 malam (Isnin hingga Khamis). Drama terbitan Pena Creative Pictures ini diarahkan oleh pengarah hebat, Raja Ahmad Alauddin dengan menampilkan gandingan dua pelakon popular, Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael dan Zara Zya sebagai Ayu Maisarah. Ianya turut dibintangi oleh Raja Ilya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Ziela Jalil, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. 

Untuk mengetahui serba sedikit jalan cerita, anda boleh membaca Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael di bawah ini. Lagu OST untuk drama ini adalah nyanyian Stacy dengan lagu "Not For Sale".

Drama Tuan Anas Mikael

SINOPSIS DRAMA TUAN ANAS MIKAEL

Drama ini mengisahkan tentang Puan Sri Tengku Anansa (Ziela Jalil) yang telah memberikan  tempoh selama tiga bulan untuk Tuan Anas Mikael (Aaron Aziz) mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana (Raja Ilya), cucu Tun Akhiruddin (Jalaluddin Hassan).

Ayu Maisarah (Zara Zya) yang mengantikan ibunya, Cik Su (Fazlina Ahmad Daud) sebagai tukang cuci di rumah Tuan Anas Mikael. Satu insiden di mana Ayu Maisarah tersalah cuci tangga menyebabkan Tuan Anas Mikael jatuh membuatkan Ayu Maisarah terpaksa menjadi tukang cuci kepada Tuan Anas Mikael.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas di depan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra Ariana.

Begitulah serba sedikit Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Astro Ria. Nantikan kisah menarik ini di Astro Ria dan Astro Ria HD setiap Isnin hingga Khamis jam 1000 malam. Anda boleh membaca novel Tuan Anas Mikael ini di NOVEL ONLINE.


0 comment... add one now