Video Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2015 Final

Video Mimbar Akhir PU Pencetus Ummah 2015 FinalProgram kerohanian yang melatih peserta muda dari pelbagai latar belakang kerjaya menjadi pendakwah agama iaitu Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2015 Musim Ketiga telah melabuhkan tirainya malam tadi di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). PU 2015 telah berlangsung selama tujuh minggu bermula 27 Ogos lalu dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135).

Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2015 Final

Empat finalis telah bertanding dalam Mimbar Akhir PU 2015 dengan keputusan pemenang adalah seperti berikut :-

Juara

  • PU Syed (Pahang) (Hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi)

Naib Juara (Kedua)

  • PU Taha (Pulau Pinang) (Hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi)

Ketiga

  • PU Zaid (Sabah) (Hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi)

Keempat

  • PU Amin (Perak) (Hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi)

PU Pilihan Pendengar Sinar


  • PU Syed

Pemenang dinilai berdasarkan peratusan markah sebanyak 70 peratus daripada juri profesional yang diketuai oleh :-


  • Ustaz Mohd Kazim Elias
  • Habsah Omar (Abby Fana) 
  • Juri jemputan, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • Penceramah bebas, Mohd Farid Ravi Abdullah. 

Markah selebihnya 30% adalah daripada undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menonton secara langsung, anda boleh menonton video Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2015 Final di bawah ini :-





0 comment... add one now