Apa Itu Bauksit Dan Kegunaannya

Apa itu bauksit dan apakah kegunaannya ? Dan bagaimana bauksit terbentuk dan kesannya kepada penduduk? Mungkin ramai yang ingin mengetahui apa itu Bauksit dan kegunaannya lantaran isu aktiviti perlombongan bauksit yang penuh kontroversi di Pahang kini menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia terutama di Kuantan. Kewujudan bauksit merupakan satu rezeki terpijak yang tidak disangka-sangka. Namun kemusnahan alam semulajadi telah menyebabkan perlombongan ini perlu dikaji semula.

maksud bauksit

Apa Itu Bauksit

Berikut disertakan apa itu bauksit dan kegunaannya secara ringkas.
Bauksit adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini. Ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil. Sumber Majalah Sains
Menurut definasi dari Cambridge Advanced Learner’s Dictionary & Thesaurus © Cambridge University Press, bauksit adalah :-
" a ​type of ​rock from which ​aluminium is ​obtained"
Menurut EFKA UTM, industri bauksit dan alumina ini menghasilkan sisa yang dikenali sebagai ‘lumpur merah (red mud)’ yang komposisinya terdiri daripada 70% air dan 30% lagi ialah bahan organic yang kaya dengan caustik soda.

Menurut Wikipedia pula, Bauksit adalah :-
" Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia "
Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.
Menurut Wisegeek, bauksit adalah :-
" sejenis batu galas mineral yang dinamakan sempena satu kawasan di Perancis di mana ia mula-mula dikenal pasti "
Salah satu komponen utama bauksit adalah oksida aluminium, yang boleh diproses untuk membuat produk-produk aluminium. Bauksit dilombong di beberapa kawasan di dunia oleh beberapa syarikat-syarikat yang berminat dalam pengeluaran produk aluminium. Syarikat-syarikat ini boleh menjual bijih aluminium mentah atau memprosesnya untuk menghasilkan aluminium mereka sendiri, bergantung kepada saiz syarikat dan model perniagaannya.

Bijih ini biasanya berwarna merah keperangan dalam bentuk semula jadi. Ia terbentuk melalui proses luluhawa, larut lesap serta pemendapan dan sering mengandungi bendasing seperti titania, silika, oksida besi dan aluminosilikat sebagai tambahan kepada oksida aluminium. 

Gambar Bauksit 

gambar bijih bauksit


kesan perlombongan bauksit

Kegunaan Bauksit

Apabila bauksit diproses, ia menghasilkan alumina, yang boleh digunakan sendiri atau digunakan untuk menghasilkan aluminium. Aluminium adalah logam yang digunakan secara meluas yang dapat dilihat dalam aplikasi daripada pembuatan pesawat untuk peralatan rumah, menjadikan sumber selamat logam ini sangat penting. 

Menurut Majalah Sains, Bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama (mungkin berjuta tahun).Dicampur dengan elemen dehidrasi (pengeringan) oleh suhu panas. Kebiasaannya bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam.

Bauksit ini kebanyakkan digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang, industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap.

Dikatakan bauksit ini mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.

Mengapa Bauksit Berwarna Merah

Selain mengandungi mineral gibsit [Al(OH)3], bohmit [AlO(OH)] dan diaspor [HAl2O3] yang diekstrak aluminiumnya untuk kegunaan komersil, tanah boksit juga mengandungi mineral sampingan seperti kuarza, kaolinit, kalsit, rutil dan mineral2 besi, terutama HEMATIT dan GOETIT.
 
Jangan terkejut bahawa ketiga-tiga mineral yang tinggi Al ini (gibsit, bohmit, diaspor) sebenarnya PUTIH warnanya, seakan-akan kaolin. Mineral yang membawa pewarnaan merah kepada tanah boksit ialah hematit [Fe2O3] dan goetit [Fe2O3.H2O].

Apa mineral pun jika tinggi kandungan besi ferik, Fe2O3, ini akan membawa pewarnaan merah.

Saya puratakan kandungan boksit yg dilombong secara besar2an di lima negeri iaitu Greek, Brazil, Australia, India dan Indonesia dan mendapati kandungan hematit ialah 10% dan goetit 5% daripada keseluruhan tanah boksit yang dilombong. Sumber FB Hamzah Mohamad

Kesan Perlombongan Bauksit

Perlombongan bauksit telah menyebabkan Bandar Kuantan kelihatan kemerah-merahan malah laut dan sungai juga menjadi merah. Debu-debu merah memenuhi kawasan sekitar bila panas, Keadaan akan bertambah buruk jika hujan yang menyebabkan lumpur mengotori rumah, jalan dan kenderaan.

Video Perlombongan Bauksit Di Kuantan

Semoga penerangan di atas Apa Itu Bauksit Dan Kegunaannya dapat membantu anda memahami lebih lagi tentang bauksit yang sedang hangat diperkatakan sekarang terutama di Kuantan.

2 comments.. read them below or add one

Etuza Etuza Etuza Etuza 28 Disember, 2015
informasi sangat hebat..dari PM
Bahrain Bahrain 29 Disember, 2015
kesian area kat pahang yang hari2x kena habuk bauksit.