Berita Terkini Tunku Jalil Mangkat 5 Disember 2015

Berita Terkini Tunku Jalil Mangkat 5 Disember 2015. YM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim telah mangkat hari ini, Sabtu, 5 Disember 2015 sekitar pukul 7.11 malam di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Berita kemangkatan Tunku Jalil atau TJ telah dikongsikan oleh Tunku Idris di Instagram beliau. Makluman juga dibuat di Instagram Tunku Panglima Johor dan Twitter Johor Southern Tiger. Tunku Puan Pahang juga memaklumkan kemangkatan beliau di FB Tunku Azizah.
Inna Lillahi Wa Inna IlaihiRraji'un
Semoga Allah SWT Mencucuri Rahmat Keatas Roh Anak Saudara Saya, Tengku Abdul Jalil Yang Baru Mangkat Kembali Ke Rahmatullah
AlFatihah
Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah selepas waktu zohor esok. Tunku Jalil dilahirkan pada 5 Julai 1990 (25 tahun) mengidap penyakit kanser hati dan telah menjalani pembedahan pada Disember 2014 yang lalu.  
Mari kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah buat Almarhum Tunku Jalil. Sembah takziah kepada Keluarga DiRaja Johor di atas kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor.
Tunku Jalil Mangkat 5 Disember 2015

Pengumuman rasmi kemangkatan Tunku Jalil telah dibuat oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pada sidang media khas yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, dekat Bukit Timbalan, sebentar tadi.

Jenazah almarhum akan diiring ke Istana Besar Johor Bahru dan disemayamkan di sana.

"Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memulakan bacaan tahlil di bilik jenazah dan pada esok jam 7 pagi akan disempurnakan Istiadat Siram Jenazah dan Mengkafankan Jenazah.

"Jenazah kemudian akan disemayamkan di Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor," 
Jenazah kemudian akan dibawa dengan pedati ke Makam Diraja Mahmodiah untuk dikebumikan selepas Zohor, esok.

Abdul Rahim berkata, bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, Ahad, 6 Disember 2015, rakyat jelata dibenarkan untuk hadir ke Istana Besar untuk memberikan penghormatan terakhir menggunakan pakaian sopan. 
“Pada hari esok (Ahad), tiada cuti umum diberikan tetapi kakitangan kerajaan akan berkabung selama 3 hari dan kerabat diraja 7 hari serta bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Johor”  

0 comment... add one now