Biodata Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2015

Biodata Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2015. Rancangan popular Gegar Vaganza 2015 berakhir malam tadi dengan Nana atau Siti Nordiana binti Alias telah menjuarai Juara Gegar Vaganza 2015 Musim kedua (GV2). Nana telah mengalahkan 5 artis lain dalam konsert akhir dengan membawakan lagu Ziana Zain - Putus Terpaksa. Beliau juga telah dipuji oleh juri jemputan, Dato' Jamal Abdillah yang memuji beliau sebagai salah seorang artis yang telah menjadikan Gegar Vaganza 2015 kali ini menjadi popular. Berikut adalah serba sedikit biodata Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2015.
Biodata Siti Nordiana

Nana adalah penyanyi yang berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Mula menyanyi pada usia 15 tahun dalam genre lagu-lagu pop Melayu dan juga tradisional selain telah menghasilkan 5 buah album secara solo. Beliau dikenali sebagai penyanyi duet dengan Achik, vokalis kumpulan Spin. Selain aktif menyanyi, Nana juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, 3 Dara Pingitan dan Aku Budak Minang 2 serta telefilem berjudul Prahara.

Nana pernah berkahwin pada 29 April 2006 tetapi telah bercerai pada 14 September 2009 dengan artis, arwah Faizal Yusup. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie yang lahir pada 21 Mac 2008.

Nana menyepikan diri dari bidang nyanyian setelah menjalankan perniagaan jubah dan pakaian Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel pada tahun 2012 tetapi namanya kembali menyinar setelah menyertai Gegar Vaganza 2015.

Biodata Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2015

  • Nama : Siti Nordiana binti Alias (Panggilan : Siti Nordiana atau Nana)
  • Tarikh Lahir  : 22 November 1984 
  • Umur : 31 tahun : 2015
  • Asal: Felda Sendayan, Negeri Sembilan
  • Kareer : Penyanyi, Pelakon, Ahli perniagaan

Album Solo

  • Gurindam Rindu Berkasih (1999)
  • Luahan Hati Kekasih (2000)
  • Bingkisan Kasih (2001)
  • Pelangi (2004)
  • Semakin Jelas (2011)
  • Anakku Sayang (2015)

Album duet

  • Firus (2001) bersama Syura
  • Istimewa Untukmu (2003) sebagai Achik & Nana
  • Benang Emas (2006) sebagai Achik & Nana

Album kompilasi

  • The Best Of Siti Nordiana - Rintihan (2002)
  • Cahaya Kekasih (2007)

Semoga kejayaan Nana sebagai Juara Gegar Vaganza 2015 ini mampu memberikan sinar baru dalam kehidupan untuk terus berjaya. Tahniah.



0 comment... add one now