Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Tukar Ke LPPSA Bermula 1 Januari 2016

Panduan Terkini Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Di Tukar Ke LPPSA Bermula 1 Januari 2016. Menerusi makluman Kementerian Kewangan, Kerajaan  Malaysia tidak memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam sebaliknya akan  menambahbaik  urusan  pembiayaan  pinjaman  perumahan untuk  kakitangan awam dengan menubuhkan  sebuah  badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi menggantikan BPP. Ini bermakna BPP akan ditukar ke LPPSA bermula 1 Januari 2016.

LPPSA akan diletakkan di bawah  Kementerian  Kewangan  untuk menguruskan  semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA  akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen    dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada.
  • Untuk menyemak status baki pinjaman kakitangan awam, sila klik SPPB


Berikut adalah diantara transformasi penambahbaikan BPP ke LPSA bermula 1 Januari 2016 menerusi makluman terkini Kementerian Kewangan:-  

TRANSFORMASI BPP KE LPPSA MULAI 1 JANUARI 2016

  • Penjawat Awam boleh memohon pinjaman perumahan melalui laman sesawang LPPSA di www.lppsa.gov.my
  • Semua dokumen pinjaman perumahan perlu disediakan oleh Panel Peguam LPPSA. Walaubagaimanapun peguam yang bukan Panel masih boleh digunakan dan tertakluk kepada kelulusan LPPSA seperti berikut:-
  • a) Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 3 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Januari 2015.
  • b) Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 1,2,4,5,6 dan 7 di mana Perjanjian  Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Jun 2015.
  • Dokumen pinjaman baru akan digunakan di bawah LPPSA.   
  • Oleh itu dokumentasi pinjaman yang telah diluluskan hendaklah diselesaikan dan diserahkan kepada Pejabat Tanah sebelum 31 Disember 2015.
  • LPPSA akan melantik Panel Insuran baru. Semua permohonan pinjaman akan  menggunakan Panel Insurans LPPSA yang akan dimuat naik di laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) mulai 1  Januari 2016.

Semoga makluman berita terkini mengenai Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Tukar Ke LPPSA Bermula 1 Januari 2016 akan membantu Penjawat Awam dalam persediaan ke arah LPPSA pada tahun 2016 nanti.
SUMBER : BPP


2 comments.. read them below or add one

Arum Arum 07 Jun, 2016
Selepas menukar nama baru, harap pihak Bahagian pinjaman perumahan akan meningkatkan perkhidmatan mereka dan memberikan servis yang berkualiti untuk semua peminjam.
ADRIANA BATIK COLLECTION ADRIANA BATIK COLLECTION 19 Julai, 2016
Kenapa susah sgt utk bercakap dgn pegawai berkaitan..5 hr sudah cuba..hampa