Festival Kraf Johor 2015 Di Angsana Mall

Festival Kraf Johor 2015 Di Angsana Mall. Festival yang menampilkan produk kraftangan akan kembali ke Johor Bahru. Festival Kraf Johor 2015 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, akan bermula dari 24 hingga 29 Disember 2015 di Angsana Johor Bahru Mall, Johor.

Di Festival Kraf Johor, Kraftangan Malaysia akan menampilkan produk-produk berkonsepkan Native Art iaitu rekaan motif etnik masyarakat Melayu, Cina, India dan Kaum Etnik di Sabah dan Sarawak. Pelbagai produk kraftangan seperti barangan daripada rotan, tembaga, besi, kayu dan tekstil juga akan ditampilkan. 


Aktiviti dan tarikh Festival Kraf Johor 2015

Informasi Festival Kraf Johor 2015 Di Angsana Mall

  • Tarikh : Khamis, 24 Disember hingga Selasa, 29 Disember 2015
  • Penganjur : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
  • Lokasi Tempat: Padang A, Angsana Johor Bahru Mall
  • Waktu : 1000 pagi hingga 1000 malam

Jom bawa keluarga anda ke Festival Kraf Johor 2015. Masuk adalah PERCUMA. Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah seperti berikut :-
  • ♦ Jualan produk kraf 
  • ♦ Pameran kesenian masyarakat orang asli 
  • ♦ Demonstrasi kembang api 
  • ♦ Demonstrasi pembakaran seramik (sekam padi) 
  • ♦ Demonstrasi masakan tradisional 
  • ♦ Interaktif kraf dan lawatan berpandu berkumpulan 
  • ♦ Penampilan Khas Imam Muda Nazrul sempena Maulidur Rasul 
  • ♦ Penampilan Khas Pemain JDT Bersama Peminat 
  • ♦ Persembahan kesenian dan kebudayaan 
  • ♦ Pertandingan Karaoke Idola FKJ15 (idola kecil & dewasa) 
  • ♦ Pertandingan 3D Craft Street Art 
  • ♦ Pertandingan Mewarna kanak-kanak
  • ♦ Fashion Show 
  • ♦ Pocket Show 
  • ♦ Talk Aspirasi Kraf 
  • ♦ Talk by IRDA - Peluang Dalam Iskandar Malaysia dan lain- lain

Selamat berfestival kepada warga JB semua sempena cuti sekolah hujung tahun ini. Semoga Festival Kraf Johor 2015 Di Angsana Mall ini disambut dengan meriah sekali.

SUMBER : FB Kraftangan Johor
 

0 comment... add one now