Harga Terkini Kad Top Up Prepaid Telefon 2016

Harga Terkini Kad Top Up Prepaid Telefon 2016. Bagaimana format harga baru Top Up Prepaid Bermula Januari 2016? Menerusi makluman yang dikongsikan dari FB PM Najib Razak, pengguna kad telefon prabayar (prepaid) di Malaysia akan menerima rebat jumlah GST yang dibayar.
Jumlah ini akan dikreditkan terus ke akaun mereka dalam tempoh 24 jam mulai 1 Januari. Bagaimanapun, hanya warganegara Malaysia yang sudah mendaftarkan nombor telefon prabayar mereka layak menerima faedah berkenaan.

Langkah ini seiring dengan pengumuman Kerajaan dalam Bajet 2016. Contoh format baru top up kredit atau prabayar bermula Januari 2016 adalah seperti di gambarajah di bawah ini. 

Harga Terkini Kad Top Up Prepaid Telefon 2016

format harga baru prepaid 2016
Pihak MCMC akan memastikan proses pemberian rebat kepada pengguna dikreditkan dengan segera ataupun dalam tempoh waktu bertindak maksimum iaitu 24 jam.

Pengguna juga boleh berhubung secara terus dengan Talian Hotline Aduan MCMC di 1-800-188-030 ataupun pihak penyedia perkhidmatan melalui e-mel dan nombor telefon yang tertera di bawah:-
Sumber SKMM
no talian hotline telcos
Semoga format dan Harga Terkini Kad Top Up Prepaid Telefon 2016 ini dapat menggembirakan anda semua.


0 comment... add one now