Iskandar Puteri Nama Baru Ganti Nusajaya

Iskandar Puteri Nama Baru Ganti Nusajaya. Pusat pentadbiran negeri Johor dahulunya Nusajaya telah ditukar nama ke Iskandar Puteri. Dipetik dari BHarian, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengisytiharkan Iskandar Puteri menggantikan nama sebelumnya iaitu Nusajaya.

Projek Pembangunan Nusajaya adalah sebuah bandar bertaraf dunia yang merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI 0 Iskandar Malaysia).Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (JSNAC) bakal menjadi pembangunan bersepadu merangkumi kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dalam satu kawasan seluas 320 ekar menghadap Selat Tebrau. 
Iskandar Puteri Pusat pentadbiran negeri Johor
Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata Sultan Johor turut memberi perkenan untuk perkara berikut :-
  1. Nama Tangkak menggantikan daerah Ledang 
  2. Nama Kulai bagi menggantikan Kulaijaya.
Katanya, kerajaan negeri sudah meluluskan pertukaran nama itu dan kini dalam proses untuk mewartakannya dan dijangkakan berkuat kuasa Januari tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia kali ke-4 di sini, hari ini.



0 comment... add one now