Kedah Cuti Umum Esok Jika Menang Piala Malaysia 2015

Esok Kedah Cuti Umum Jika Menang Piala Malaysia 2015. Berikut adalah makluman dari Menteri Besar Kedah (dikongsikan dari FB Kedah FA) yang memaklumkan bahawa Kedah akan cuti peristiwa esok, Ahad, 13 Disember 2015 jika "berjaya menjuarai atau menjulang Piala Malaysia 2015". Makluman awal ini amat penting buat penyokong Kedah yang kini berada di Selangor untuk pertemuan ini.

Umum sedia maklum yang perlawanan final akhir Piala Malaysia 2015 diantara Selangor dan Kedah akan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam dan akan disiarkan secara langsung di kaca tv anda diantaranya di RTM TV1. Keputusan terkini perlawanan secara livescore akan diupdate di LIVE.



esok kedah cuti umum jika menang piala malaysia 2015


SIARAN MEDIA

13 DISEMBER CUTI UMUM JIKA KEDAH MENANG PIALA MALAYSIA


Setelah dibincangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan dipersembahkan bagi perkenan Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Kerajaan Negeri membuat ketetapan berikut:

Sekiranya pasukan bola sepak Kedah memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini, hari Ahad, 13 Disember 2015 diisytiharkan sebagai cuti umum di Negeri Kedah menurut Akta Cuti 1951.

Sekiranya pekerja masih dikehendaki bekerja esok (Ahad, 13 Disember 2015), majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda bagi hari tersebut menurut Akta Pekerja 1955.

Namun begitu, majikan boleh menggantikan cuti esok kepada hari lain tetapi masih tertakluk kpd peruntukan undang-undang berkaitan.

Sekian dimaklumkan.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Tarikh : 12 Disember 2015

Diharapkan kedua-dua pasukan finalis Piala Malaysia 2015 dapat mempamerkan permainan bermutu serta semngat kesukanan yang tinggi. Mana-mana pasukan yang menang, tahniah untuk mereka. Kalau Kedah menang, esok Kedah cuti umum.


0 comment... add one now