Kursus Asas Haji 2016 Jadual Dan Lokasi Seluruh Negeri

Jadual Dan Lokasi Kursus Asas Haji (KAH) 2016 Seluruh Negeri. Kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dan juga kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah, Jadual Kursus Asas Haji 2016 Seluruh Negeri telah dikeluarkan oleh Tabung Haji Malaysia. Peserta yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Haji (KAH) 1437H perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat dalam menganjurkan kursus ini. Senarai di bawah ini menyertakan nama masjid yang terlibat setiap negeri dan tarikh ianya diadakan.

Apa Itu Kursus Asas Haji (KAH)?

KAH adalah kursus pengenalan kepada ibadat haji, umrah dan ziarah. Kursus ini mengambil masa selama 17 sesi berturut-turut atau selama 4 bulan 1 minggu. Setiap siri mengambil masa selama 2 jam dan diadakan bermula dari bulan Rabiul Awal hingga Jamadil Akhir. 
Jadual lokasi Kursus Asas Haji 2016 Seluruh Negeri

KAH adalah kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus ini diadakan di masjid-masjid yang terpilih di peringkat daerah seluruh negeri di Malaysia secara kerjasama antara Jabatan Agama Islam Negeri dan Lembaga Tabung Haji.

Jadual Kursus Asas Haji 2016 Seluruh Negeri

Muat turun jadual Kursus Asas Haji di masjid-masjid berhampiran anda di link di bawah ini :-
  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Selangor
  4. Negeri Sembilan
  5. Melaka
  6. Johor
  7. Perlis
  8. Kedah
  9. Pulau Pinang
  10. Pahang
  11. Perak
  12. Kelantan
  13. Terengganu
  14. Sabah
  15. Sarawak

Kursus-Kursus Lain Buat Bakal Jemaah Haji

Di sini dikongsikan juga informasi kursus-kursus yang perlu diikuti oleh bakal jemaah haji selepas menghadiri Kursus Asas Haji ini.

1. Kursus Intensif Haji

Kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban pada setiap tahun.

Kursus diadakan selama 2 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulangkaji ibadat. Modul juga merangkumi Ibadat haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.


2. Kursus Khas Haji

Kursus haji ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Haji. Diadakan selepas Kursus Intensif Haji. Tempoh kursus adalah selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini adalah latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.

Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah 39% dan ke bawah dalam ujian kefahaman ibadat Kursus Intensif Haji dan mereka yang terpilih di saat akhir. Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal jemaah haji yang terlibat.


3. Kursus Perdana Haji

Kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Syawal disetiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah bagi setiap negeri.

Kursus ini diadakan selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti bermabit dan melontar pada waktu malam. Bakal jemaah haji akan bermalam di tempat kursus.

Hanya bakal jemaah haji yang tepilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.


Semoga informasi berkenaan Jadual Kursus Asas Haji 2016 Seluruh Negeri ini berguna dan boleh dijadikan panduan buat bakal jemaah haji di Malaysia.
SUMBER : Tabung Haji


1 comment... add one now

cik tom cik tom 13 Disember, 2015
tengah tunggu giliran nak pergi haji....
lambatnya kesampaian tak hajat nak pergi haji..