Laluan JDT Di AFC Champions League 2016 Pusingan Kelayakan

Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan beraksi dalam pusingan kelayakan AFC Champions League (ACL 2016) pada Januari 2016 nanti. JDT adalah satu-satunya wakil tunggal Malaysia di dalam pusingan kelayakan ACL 2016 selaku juara Liga Super Malaysia 2015. Jika gagal melepasi peringkat kelayakan ini, JDT dan Selangor akan mewakili Malaysia dalam AFC Cup 2016 setelah Pahang dilucutkan kemenangan sebagai naib juara Liga Super.

Perlawanan pertama JDT dalam pusingan kelayakan yang akan dijalankan secara kalah mati adalah Mohun Bagan, Juara Liga India 2015 pada 27 Januari 2016 di Johor Bahru.  
* Terkini : JDT mendapat BYE terus ke pusingan kelayakan ke 2 bertemu Muang Thong United, pasukan ditangga kedua liga Premier Thai. Live streaming keputusan JDT vs Muangthong United pada 2-2-2016 di JDT ACL 2016
perlawanan JDT Di AFC Champions League 2016

Jika JDT menang dalam perlawanan kelayakan kedua ini, lawan mereka seterusnya di Perlawanan Play-OFF adalah di antara pasukan ini iaitu Pohang Steelers (South Korea), Urawa Red Diamonds atau FC Tokyo (Jepun), Adelaide United (Australia) dan Shanghai SIPG (China). Dijangka, Shanghai SIPG adalah lawan JDT (jika layak) di Perlawanan Play-Off AFC 2016.

Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan AFC Champions League 2016 yang melibatkan JDT:-

PERLAWANAN JDT KELAYAKAN AFC 2016

TARIKH HOME VS AWAY
PERLAWANAN KELAYAKAN 1
27-Jan-16 JDT (MALAYSIA) VS MOHUN BAGAN (INDIA) JDT LAYAK TERUS KE PERLAWANAN KE 2
PERLAWANAN KELAYAKAN 2
2-Feb-16 MUANGTHONG UNITED (THAILAND) VS JDT ATAU MOHUN BAGAN Muangthong United menang 3-0 melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 0-0 selepas masa tambahan
PERLAWANAN PLAY-OFF
9-Feb-16 SHANGHAI SIPG VS MUANGTHONG UNITED
* Jadual di atas adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari masa kesemasa
** JDT akan beraksi di peringkat Kumpulan AFC Cup 2016 setelah tewas di pusingan kelayakan kedua ACL 2016 

Semoga JDT dapat mencipta sejarah bolasepak Malaysia sekali lagi dengan menjadi pasukan pertama layak ke peringkat Kumpulan AFC Champions League 2016. Ianya tidak mustahil setelah JDT mencipta rekod dengan menjuarai Piala AFC 2015 pertama kali buat pasukan di Asia Tenggara. Luaskan kuasamu....
SUMBER
 


0 comment... add one now