Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2015) Tarikh Dan Jadual

Bagaimana cara untuk mendapatkan informasi berkenaan Perhimpunan Agung UMNO 2015? Secara ringkas PAU 2015 akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. PAU 2015 kali ini dijangka akan disertai oleh 5,738 perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993 perwakilan pergerakan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).

Tarikh Dan Jadual Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2015)

Perhimpunan Agung UMNO 2015
Tarikh8 hingga 12 Disember 2015
Tempat PWTC, Kuala Lumpur

PAU 2015 kali ini pasti dinantikan oleh ramai pihak susulan banyak kontroversi akhir-akhir ini berkaitan status Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan tidak dibenarkan untuk menyampaikan ucapan penggulungan pada hari akhir perhimpunan. Difahamkan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO  akan memutuskan pada 9 Disember ini sama ada beliau boleh berbuat demikian.

Berikut adalah jadual aturcara majlis Perimpunan Agung UMNO 2015 (PAU) secara ringkas. Aturcara lengkap boleh dimuat turun di Laman Web UMNO Online.

AKTIVITITARIKHMASATEMPAT
MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN (TERTUTUP)8 DISEMBER 2015800 MALAMDEWAN MERDEKA, ARAS 4, PWTC
PERHIMPUNAN AGUNG9 DISEMBER 2015800 PAGI
PERGERAKAN WANITADEWAN MERDEKA, ARAS 4, PWTC
PERGERAKAN PEMUDADEWAN TUN DR ISMAIL, ARAS 2, PWTC
PUTERI UMNODEWAN TUN HUSSEIN ONN, ARAS 2, PWTC
MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI KHAS9 DISEMBER 2015800 MALAMBILIK MESYUARAT, TINGKAT 39, MENARA DATO' ONN
UPACARA NAIK BENDERA DAN PERASMIAN PAU 201510 DISEMBER 2015800 PAGIDEWAN MERDEKA, ARAS 4, PWTC
JAMUAN MAKAN MALAM730 MALAMDEWAN TUN RAZAK 1, PWTC
PAU 2015 (HARI KEDUA)11 DISEMBER 2015830 PAGIDEWAN MERDEKA, ARAS 4, PWTC
PAU 2015 (HARI KETIGA)12 DISEMBER 2015830 PAGIDEWAN MERDEKA, ARAS 4, PWTC

Kepada semua perwakilan PAU 2015, selamat bersidang. Semoga ianya berjalan lancar dalam keadaan aman dan selamat serta dapat mencapai matlamat perhimpunan.


0 comment... add one now