Permohonan Dan Semakan Keputusan Guru Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016

Permohonan Dan Semakan Keputusan Guru Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016. Anda berminat mengikuti kursus SPAKK di Kemas? Merujuk kepada makluman dari FB Kemas, warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak SPAKK (TABIKA / TASKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk Tahun 2016. Panduan dan borang permohonan Kemas 2016 serta semakan keputusan permohonan boleh dimuat turun/ disemak di link di bawah ini.

Semakan Keputusan Guru Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016

Permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016 

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan SPAKK. Kepada yang berminat untuk memohon, sila cepat-cepat membuat permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas atau Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) 2016 ini kerana tarikh tutup adalah pada 11 Januari 2016. 

Panduan iklan jawatan kosong SPAKK dan Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut:

1. Syarat-syarat:

  1. *Warganegara Malaysia;
  2. *Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. *Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
  4. *Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
  5. (a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
  6. (b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  7. *Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
  8. *Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.

2. Maklumat Asas Kursus

  1. Tempat Latihan : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
  2. Tempoh Latihan adalah selama Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Semakan Keputusan Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2016

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan permohonan SPAKK 2016 yang mengandungi tarikh penting dan link semakan.

Semakan Keputusan Temuduga Calon Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2016

Tarikh : 20 April 2016
Link Semakan : SPAKK Online
Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan Cari
*  Makluman dari FB Jabatan Kemajuan Masyarakat, Perhatian kepada calon temuduga yang telah menghadiri sesi temuduga pada tarikh 20 sehingga 23 Mac 2016 namun setelah semakan dilakukan, nombor kad pengenalan tiada dalam rekod.

Oleh itu, pihak KEMAS memohon kerjasama tuan/ puan untuk emel ke spakk@kemas.gov.my maklumat seperti berikut:

  • 1) Nama:
  • 2) No kad pengenalan:
  • 3) No telefon:
  • 4) Pusat temuduga:
  • 5) Tarikh temuduga:
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam Permohonan Guru Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016.

0 comment... add one now