Permohonan Program Cemerlang Pra Universiti (PCPU) 2016 Online

Berikut adalah panduan penting untuk memohon Program Cemerlang Pra Universiti (PCPU) Tahun 2016 secara online yang dikongsikan dari Portal eSILA JPA. Program Cemerlang Pra Universiti (PCPU) adalah usaha penambahbaikan kepada Program Lepasan Bursary di mana Mesyuarat Jawatankuasa Khas Biasiswa Bil.1 Tahun 2015 pada 19 Januari 2015 telah bersetuju supaya penajaan JPA di bawah Program Lepasan Bursary diperluas kepada pelajar-pelajar cemerlang Pra Universiti yang lain selain daripada pelajar Bursary.

Ini bermakna penajaan Program Lepasan Bursary tidak lagi dibuat secara automatik tetapi pemilihan pelajar untuk mendapatkan tajaan bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama dibuat berdasarkan mekanisma baru.

Permohonan PCPU 2016 Online
Keputusan ini dibuat bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan 9A+ di dalam Sijil Pelajaran Malaysia tetapi menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang di peringkat Pra Universiti, untuk mendapatkan penajaan JPA. Program Lepasan Bursary yang ditambahbaik ini dijenamakan sebagai Program Cemerlang Pra Universiti atau ringkasannya PCPU. 

Semua pelajar lepasan SPM tahun 2014 sama ada pelajar Bursary atau bukan Bursary yang mengikuti pengajian Pra Universiti seperti Asasi, Matrikulasi, A-Level, International Baccalaureate (IB), AUSMAT dan lain-lain yang setaraf boleh memohon penajaan JPA di bawah PCPU mulai tahun 2016 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama sama ada di dalam atau di luar negara.

Sebanyak 1,000 tempat penajaan akan diperuntukkan di bawah PCPU bagi pengajian dalam pelbagai bidang Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan & Teknikal, Sains Fizik, Sains Hayat dan Sains Sosial sama ada di dalam atau di luar negara. Bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Dietetik dan Seni Bina pengajian di peringkat Ijazah Pertama adalah di dalam negara sahaja.

Permohonan PCPU 2016 Secara Online

Pemilihan pelajar dibawah PCPU akan dilaksanakan pada tahun 2016 kepada pelajar Lepasan SPM tahun 2014 berdasarkan mekanisme baru di mana pelajar perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (on-line) melalui laman sesawang JPA. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan 4 kategori dengan mengambil kira faktor akademik, ko-kurikulum, latar belakang sosio ekonomi keluarga, dan prestasi pelajar dalam Student Assessment Centre (SAC).  

MAKLUMAN PENTING

  1. LAMAN WEB PERMOHONAN - KLIK eSILA
  2. SIARAN AKHBAR PELAKSANAAN PROGRAM CEMERLANG PRA UNIVERSITI (PCPU) - KLIK PCPU 1
  3. SYARAT TEMPAT PENGAJIAN BAGI PROGRAM CEMERLANG PRA UNIVERSITI (PCPU) TAHUN 2016 - KLIK PCPU 2
SAC adalah satu kaedah penilaian dan pemilihan pelajar yang komprehensif berdasarkan kompetensi-kompetensi yang ditetapkan meliputi minat, tata kelakuan, kepimpinan, patriotisme, kreativiti, ketahanan dan keyakinan diri. Penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian panel ke atas pelajar sepanjang pelaksanaan modul. Panel penilai terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan pelbagai kaum dari pelbagai profesion dan gred jawatan.

PCPU akan memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari pelbagai kaum dan latar belakang sosio ekonomi untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA di dalam dan luar negara.  Oleh itu, penajaan di bawah PCPU diharap dapat meningkatkan daya saing pelajar, seterusnya memberi motivasi kepada semua pelajar untuk terus meningkatkan kecemerlangan bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah dan jati diri. 



2 comments.. read them below or add one

sitinorhayu johan sitinorhayu johan 23 Mei, 2016
Macamana nak.mohon?? Sy xjumpa link utk prog ni dkat lman jpa.. mohon bntu
Rossa Calla Rossa Calla 23 Mei, 2016
Sila rujuk laman web esila mengenai makluman rasmi tarikh permohonan dan sebagainya jika ada