Selangor Cuti Esok 14 Disember 2015

Selangor Cuti Peristiwa Esok Juara Piala Malaysia 2015. Kejayaan pasukan bolasepak mencapai misi kejuaraan kali ke 33 Piala Malaysia tercapai malam tadi dengan menewaskan Kedah 2-0 hasil dua jaringan Ahmad Hazwan Bakri. Susulan kejayaan Selangor menjuarai Piala Malaysia 2015, Kerajaan Negeri menerusi satu kenyataan telah bersetuju menjadikan esok Hari Isnin, 14 Disember 2015 sebagai cuti perisitiwa cuti umum Negeri Selangor.
Selangor Cuti perisitiwa Esok juara piala malaysia 2015

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, keputusan berhubung pemberian cuti telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga telah turut dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Cuti itu bertujuan menzahirkan penghargaan kepada para penyokong pasukan itu serta seluruh rakyat Selangor yang telah membantu telah mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak negeri itu.  

Nota 
* Esok 14 Disember 2015 (Isnin)

Tahniah buat Selangor Juara Piala Malaysia 2015 serta diucapkan tahniah juga kepada Kedah yang beraksi dengan baik untuk perlawanan akhir malam tadi.


1 comment... add one now

Sani Sani 14 Disember, 2015
Malam ni boleh tidur lewatlah, esok cuti...:-)