Semakan Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM Online

Semakan Keputusan Permohonan Jawatan Kosong PDRM Polis DiRaja Malaysia Online. Berikut adalah informasi terkini tahun 2018 mengenai pengambilan jawatan kosong di PDRM termasuk semakan keputusan online melalui Sistem SSO. Kepada pemohon yang berminat untuk menyertai PDRM, anda boleh merujuk makluman terkini di Laman Facebook PDRM yang akan dikemaskini dari masa kesemasa seperti makluman penting di bawah ini. 

Selain semakan untuk Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM, Sistem semakan SSO ini boleh juga digunakan oleh pengguna untuk membuat semakan Saman Trafik, Semakan Status Keputusan Repot Polis dan Status Permohonan Lesen Am. Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.


Semakan keputusan jawatan kosong PDRM Polis DiRaja Malaysia Online

Semakan Keputusan Permohonan PDRM Online

Berikut dikongsikan makluman rasmi dari FB PDRM yang memaklumkan bahawa Semakan status panggilan temuduga PDRM boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM. Semakan keputusan untuk temu duga adalah bagi jawatan :
  1. Inspektor ( L / W )
  2. Sarjan ( L / W )
  3. Konstabel Lelaki
  4. Konstabel ( L / W ) dari kalangan atlet / sukan
  5. Konstabel Sokongan ( L / W ) dari kalangan atlet / sukan
Calon-calon yang telah menduduki Ujian Integriti pada bulan Oktober - Disember 2017, boleh membuat semakan di Laman Semakan di pautan
https://sso.rmp.gov.my

PERUBAHAN TEMPAT TEMU DUGA BAGI JAWATAN SARJAN (L/W) DAN KONSTABEL LELAKI 2018 SEPERTI BERIKUT :

1) KONTINJEN PAHANG

Pusat temu duga BN 7 PGA Bukit Galing, Kuantan Pahang ditukar ke Kompleks START Alor Akar, Kuantan Pahang.

2) KONTINJEN NEGERI SEMBILAN

Pusat temu duga IPD Seremban, Negeri Sembilan di tukar ke IPK Negeri Sembilan.

PERUBAHAN TARIKH TEMU DUGA BAGI JAWATAN INSPEKTOR (L/W) 2018 SEPERTI BERIKUT :

1) KONTINJEN KUALA LUMPUR

Maktab PDRM Kuala Lumpur tarikh 25 Februari 2018 (Ahad) dipinda ke tarikh 23 Februari 2018 (Jumaat)

2) KONTINJEN SABAH

IPK Sabah tarikh temu duga pada 4 Mac 2018 (Ahad) dipinda ke tarikh 2 Mac 2018 (Jumaat)
Lain-lain kontinjen tiada perubahan.

Sesi Temuduga Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Sokongan (Lelaki/ Wanita)

  • Tarikh semakan : Bermula 1 April 2016
  • Applikasi Semakan http://sso.rmp.gov.my/ di Link Semak Pengambilan Jawatan PDRM
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan Baru dan klik Butang SEMAK 

Eksesais temuduga ini adalah bagi calon-calon yang telah menjalani ujian fizikal bermula dari 1 Februari sehingga 8 Mac 2016 yan lepas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-2266 8349 / 8350 / 8351.


Nota

  1. 'Temu Duga Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel' akan dilaksanakan mulai 01/03/2016 hingga 14/04/2016.
  2. Calon-calon yang gagal menghadiri temu duga pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak berminat dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. 

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Polis, TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM.  Warganegara Malaysia yang berminat perlu membuat permohonan jawatan kosong PDRM - Polis DiRaja Malaysia di SPA. Panduan permohonan boleh dirujuk di Jawatan Kosong PDRM. Semoga berjaya untuk mengejar cita-cita anda menjadi seorang Polis.

0 comment... add one now