Gambar Jersi Baru JDT 2016

Gambar Jersi Baru JDT Musim 2016. Hendak tahu cantik tak jersi baru JDT bersama Adidas 2016 ini? Musim bolasepak Liga Malaysia 2016 semakin hampir untuk dimulakan dan beberapa pasukan telah membuat persiapan awal dengan memperkenalkan senarai pemain dalam musim perpindahan pemain 2016 dan seterusnya majlis pelancaran jersi rasmi baru pasukan. Dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers, majlis pelancaran jersi baru JDT musim 2016 akan diadakan pada 16 Januari 2016. Tahun lepas ianya telah diadakan pada 29 Disember 2014.  

  • Gambar jersi baru JDT Musim 2016 (Home dan Away Kit) akan dikongsikan dari masa kesemasa semasa majlis pelancaran. Sila lihat di bawah ini.
  • Kepada peminat yang tidak dapat hadir ke Majlis Pelancaran Jersi pada 16hb Januari 2016, Sabtu 8.45malam, anda boleh mengikuti acara majlis secara live streaming di http://jdttv.my/ .

Majlis Pelancaran Jersi Baru JDT Musim 2016

Buat peminat pasukan JDT (Johor Darul Ta'zim) berikut adalah maklumat penting dan terkini berkenaan dengan pelancaran jersi JDT 2016 :-
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan majlis pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim untuk musim 2016 pada hari Sabtu, 16hb Januari ini jam 8.45 malam bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor. Para penyokong Harimau Selatan dijemput hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama memeriahkan serta menyaksikan rekaan jersi terbaru kelab bolasepak JDT. Pastikan anda tidak terlepas untuk menjadi sebahagian daripada penyokong terawal melihat jersi terbaru ini. Luaskan Kuasamu Johor.
majlis pelancaran jersi baru jdt 2016

Maklumat Penting

  • Tarikh : Sabtu, 16 Januari 2016
  • Masa : 845 malam
  • Tempat : Dataran Bandaraya Johor Bahru
Untuk makluman, JDT akan mempunyai penaja jersi terbaru iaitu Adidas yang menggantikan Nike sebelum ini. Pasukan ternama yang memakai jersi Adidas termasuk Chelsea, Bayern Munich, Man United, Juventus dan Real Madrid. 

Lokasi Tayangan "Big Screen" Seluruh Johor

Terkini Dari JST : Tayangan 'Big Screen' Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim 2016 akan dipancarkan secara langsung dari Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 16hb Januari ini, jam 8.45 malam akan ditayangkan serentak di setiap daerah. Berikut adalah lokasi-lokasi untuk para penyokong Harimau Selatan bersama-sama menyaksikannya secara beramai-ramai.
  • Kulai - RTC Kulai
  • Muar - Dataran Tanjung Emas
  • Kota Tinggi - Medan Selera SRCC Tenggara, Sanggar Kota
  • Tangkak - Dataran Ledang, Tangkak
  • Mersing - Pejabat Majlis Daerah Mersing
  • Pontian - Dataran Dewan Jubli Intan
  • Segamat - Dataran Segamat
  • Kluang - Laman Tasik
  • Batu Pahat - Dataran Penggaram

Gambar Jersi Baru JDT 2016

  1. Jersi Biru : Home
  2. Jersi Putih : Away
  3. Jersi Merah : Alternatif/ Jersi ketiga
jersi jdt 2016
jersi jdt 2016 adidas

Semoga JDT akan terus maju dan berjaya dalam musim Liga Malaysia 2016 disamping cemerlang dam pertandingan bolasepak peringkat Asia.


0 comment... add one now