Logo Baru Pahang FC 2016

Logo Baru Pahang FC 2016. Tahun baru azam baru dan logo baru? Pahang FC telah mengorak langkah untuk musim 2016 yang lebih gemilang. Tepat pada jam 12 malam, 1 Januari 2016, logo baru pasukan bolasepak ‪Pahang FC‬ telah diperkenalkan menandakan permulaan baru bagi cabaran Liga Super Malaysia 2016.

Berikut adalah logo Pahang FC, amacam cantik tak?

Logo Baru Pahang FC 2016

Pahang FC 2016
Logo yang simple dan mempunyai hanya 2 warna iaitu Hitam dan Kuning Emas ini mendapat reaksi berbeza-beza dari peminat bolasepak. Ada yang memuji dan ada juga yang tidak setuju dengan logo yang diperkenalkan. Logo yang baru nampaknya seiras dengan Logo Liverpool FC. Apa-apa pun, peminat Pahang FC berharap skuad mereka akan berjaya tahun 2016 nanti di bawah kendalian jurulatih baru, Ahmad Shaharuddin Rosdi walaupun ramai pemain bintang mereka telah berpindah ke pasukan lain dalam musim perpindahan 2016
logo liverpool fc

Cantik atau tidak bukan ukuran, yang penting peminat Pahang FC berharap pasukan mereka mampu menjulang sesuatu dalam musim Liga Malaysia 2016.


1 comment... add one now