Baca Novel Tundukkan Playboy Itu Online

Baca Novel Tundukkan Playboy Itu Online. Sebuah lagi drama adaptasi dari novel difahamkan akan bersiaran di Slot Akasia TV3 tidak lama lagi. Drama yang dimaksudkan adalah drama yang berjudul Tundukkan Harraz Naufal yang diadaptasi dari novel Tundukkan Playboy Itu karya Anjell dan terbitan Karyaseni. Drama ini akan ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada awal tahun 2016 selepas berakhirnya Cinta Si Wedding Planner. Drama ini adalah lakonan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose.

sinopsis Tundukkan Playboy Itu, tundukkan Harraz Naufal

Baca Novel Tundukkan Playboy Itu Online

Berikut dikongsikan sinopsis novel Tundukkan Playboy Itu Online yang boleh dibaca secara online di link yang disertakan di bawah ini.

Sinopsis Novel Tundukkan Playboy Itu

Sinopsis novel dari Goodreads, hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Baca Novel Tundukkan Playboy Itu Secara Online

Sila klik link di bawah ini untuk membaca setiap bab:-

Semoga anda terhibur setelah membaca Novel Tundukkan Playboy Itu secara Online ini. Nantikan kemunculan drama ini di TV3 tidak lama lagi.


0 comment... add one now