Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018 Online

Borang Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2017 Dan 2018 Online. Anda ingin mendaftar anak anda ke sekolah rendah kerajaan tahun 2017 dan 2018 nanti? Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu (Darjah 1) di Negeri Selangor dan Putrajaya tahun 2017 dan 2018 akan di buka secara online pada 1 Mac 2016 menerusi makluman Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM.
Permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 dan 2018 akan dibuka pada 1 Mac 2016.

Umum sedia maklum yang mulai tahun 2016, Jabatan Pendidikan di semua negeri akan menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang akan membolehkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka secara dalam talian menggantikan Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) yang akan dihentikan bermula 4 Januari 2016.  
Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya Online

Cara Buat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online

  1. Kawasan : Negeri Selangor Dan Putrajaya
  2. Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2016
  3. Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
  4. Panduan permohonan online : Klik FAQ
Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018 Online :-
  • 1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  • 2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  • 3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  • 4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru    
  • Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
  • Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul    
  • 5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa    
  • Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
  • 6. Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-   
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
    Unit ICT
    No. Tel. : 03-88849415 & 03-88849458
    E-mel :kmp.kawalan@moe.gov.my

Selamat memohon buat ibu bapa semua. Moga sistem permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018 Online dapat mempercepatkan dan memudahkan permohonan semua.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Grace Grace 01 Mac, 2016
Same here... I wasn't able to save after fill-up the Maklumat Murid... neither save nor proceed to next section... Aisyah Saa can advise how do you register?
Jue Jusof Jue Jusof 01 Mac, 2016
Cuba guna browser lain. Saya guna Microsoft Edge (Windows10) memang tak lepas. Guna Firefox baru lepas.
xxxx xxxx 03 Mac, 2016
berapa sekolah boleh pilih?
nellyna sofea nellyna sofea 06 Mac, 2016
salam, saya dah register untuk tahun 2018, adakah saya boleh hantar semua dokumen ke sekolah untuk pengesahan ataupun kena tunggu tahun 2018 untuk berbuat demikian.
Zulaika ismail Zulaika ismail 23 Mac, 2016
kenapa tak bole access site ye? saya guna ie, chrome and firefox pon tak boleh .. adoi
Alma Ze Alma Ze 24 Mac, 2016
Minta bantuan parents yang ada.
Saya dah daftarkan anak saya di Sultan Ibrahim Girl School (SIGS) di Johor Bahru, untuk kemasukkan tahun 2017 tapi tahun ni saya tukar pejabat di Putrajaya.
Sekarang ni nak daftarkan di sekolah Putrajaya pula, ada apa apa yang saya perlu sertakan sekali tak atau boleh daftar macam biasa?
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 22 April, 2016
saya dah daftar tapi bila pergi ke sekolah kena reject, sebab keliru tak letak nama tadika anak, kena buat balik la ni
Bella Rossa Bella Rossa 31 Mei, 2016
Tumpang tanye smue...camne cara nak masuk kan anak saya yg bertadika di Bali,Indonesia sebab ikut hubby bisnis kat sini...tapi nak daftarkan darjah satu kat selangor..boleh lagi ke skrg nak daftar online atau nak kene pegi ke JPN langsung? Mohon bantuan nye..TQ