Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Sudahkah anda membayar hutang PTPTN? Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam/ IPTA dan IPTS. Kini terdapat cara mudah dan pantas buat peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan secara cepat dan tepat dengan menggunakan semakan PTPTN secara online atau SMS. Adalah dinasihatkan agar pelajar dapat membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraikan di CCRIS

  • Senarai insentif diskaun pembayaran balik PTPTN (Bajet 2017) bermula 22-10-2016 hingga Disember 2017 - Diskaun PTPTN
Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Cara Semak Baki PTPTN

Berikut disertakan langkah-langkah untuk membuat semakan baki bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik menurut jadual bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukannya dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.

Semak Baki PTPTN Secara Online

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  • 1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  • 2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn
Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Insentif Diskaun Peminjam PTPTN Dalam Bajet 2017

Berita baik buat peminjam PTPTN seperti dibentangkan dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif diskaun berkuat kuasa mulai 22 Oktober 2016 sehingga akhir tahun 2017. Ianya bertujuan menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik.
  1. Insentif : Diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  2. Diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  3. Diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan

Perkhidmatan Lain PTPTN 

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-
  1. Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  2. Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  3. Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  4. Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i
Untuk menyemak, sila rujuk panduan grafik di bawah ini.
semak ptptn

Semoga panduan Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua. 

0 comment... add one now