Semakan Keputusan UPKK 2016 Online

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan UPKK 2016 Online. Anda ada anak yang menduduki peperiksaan UPKK Tahun 2016 ini? Tarikh rasmi keputusan UPKK 2016 diumumkan adalah pada 15 Februari 2017. Pada tahun 2015, keputusan peperiksaan UPKK 2015 telah diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tarikh 15 Januari 2016 (Jumaat). Untuk makluman, peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) telah diadakan pada bulan Oktober 2016 yang lalu selama 4 hari.

Semakan Keputusan UPKK 2016 Online Dan SMS

Bermula pada tahun 2017, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK iaitu dengan membuat semakan keputusan UPKK tahun 2016 secara online. Semakan secara SMS juga disediakan.

Berikut adalah maklumat semakan keputusan UPKK 2016 secara online untuk panduan pelajar dan ibu bapa :-
  • Tarikh Semakan : 15 Februari (1100 pagi ) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi)

Link Applikasi Semakan

Klik : http://semakan.islam.gov.my/
keputusan upkk 2016 online

Semakan Secara SMS

Semakan keputusan UPKK 2016 secara SMS boleh dibuat bermula jam 1100 pagi pada 15 Februari sehingga 1100 pagi pada 21 Februari 2017.

Cara Buat Semakan

  • UPKK <jarak> RESULT <Jarak> NoMYKID dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran : UPKK RESULT 060515036884

atau
  • UPKK <jarak> RESULT <jarak> NoSijilLahir dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran UPKK RESULT BS76517

Keputusan UPKK 2016 sms

Nota

  1. Pastikan No MyKid/No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
  2. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
  3. Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST). 
  4. Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX 

Analisis Keputusan Peperiksaan UPKK 2016

Dipetik dari BH online, berikut adalah analisa ringkas keputusan peperiksaan UPKK 2016 :-
  1. Seramai 194,258 calon menduduki peperiksaan itu 4,469 pusat peperiksaan seluruh negara. 
  2. 46,461 calon (23.9 peratus) yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2016 telah memperoleh 8A iaitu peningkatan empat peratus berbanding tahun lalu
  3. Semua calon mencatat kelulusan 100 peratus, pencapaian selama tiga tahun berturut-turut bagi peperiksaan itu sejak 2014
  4. Mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatat kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti mata pelajaran al-Quran yang mencatat 99.6 peratus kelulusan
  5. Pencapaian UPKK 2016 menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian
  6. Mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan (94.23 peratus), Lughatul Quran (91.83 peratus) dan Adab (Akhlak Islamiah) (90.48 peratus)

Apa Itu Peperiksaan UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.

Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Al-Quran, Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.

Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran serta amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat enilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain, menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.  

Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri dan turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.

Semoga berjaya buat semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPKK 2016.Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK 2016.

0 comment... add one now