Senarai Barang Keperluan Asrama Kolej Vokasional

Senarai Barang Keperluan Masuk Asrama Kolej Vokasional. Anda berjaya masuk ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik tetapi tidak tahu senarai barang keperluan masuk asrama? Ianya juga berbeza dengan barangan keperluan ke sekolah. Sebelum mendaftar ke Kolej, berikut di antara barang keperluan di asrama kolej Vokasional yang perlu disediakan  seperti dikongsikan oleh KV Sungai Buloh. Ada diantara barangan yang disenaraikan mungkin ada dijual di Koperasi Sekolah.

Berikut disenaraikan Senarai Barang Keperluan Asrama Kolej Vokasional yang perlu disediakan SEBELUM hari pendaftaran oleh semua pelajar dan keperluan asrama bagi pelajar yang ditawar tempat asrama sahaja Mungkin terdapat sedikit perbezaan tentang barang keperluan terutama warna tudung, pakaian rasmi dan sebagainya. Sila rujuk Kolej Vokasional masing-masing untuk pengesahan barangan.

Senarai Barang Keperluan Asrama

Barang Keperluan masuk Asrama

Bil.Barang KeperluanJantina (Lelaki & Perempuan)Jumlah
1Pakaian Seragam KolejL & P2 pasang
2Stoking hitam (tanpa tanda jenama)L & P2 pasang
3Kasut Sekolah Warna Hitam (kulit /PVC/ Kanvas)L & P2 pasang
4Tudung Kepala Warna Putih P2 helai
5Kasut Sukan Warna PutihL & P1 pasang
6Alatan tulis (pen, pensil dan sebagainya)L & PMengikut keperluan
7Selipar Getah, Tuala Mandi, Penyangkut BajuL & PMengikut keperluan
8Baju TidurL & P1 pasang
9Garpu dan suduL & P1 pasang
10Surah Yasin (pelajar Islam)L & P1 buah
11Alatan Permainan (seperti raket badminton, tenis )L & PJika perlu
12SelimutL & P1 helai
13Pakaian Melayu Lengkap Warna putih (Pelajar Islam) - Tanpa sampinL1 pasang
14Kain Pelekat/ Sarung (Pelajar Islam)L & P2 helai
15Songkok Hitam (pelajar Islam)L1 buah
16Keperluan Mencuci Pakaian (Sabun, berus)L & PMengikut keperluan
17Tudung Kepala Lain-Lain WarnaP2 helai
18Telekung (pelajar Islam)P1 pasang
19BantalL&P1biji
20Track Bottom (Biru tua / hitam)L&P2 helai
21Kemeja T berkolar warna putih (Lelaki: Lengan Pendek, Perempuan Lengan panjang)L&P2 helai
Lain-lain barang yang diperluukan semasa di asrama termasuk berus dan ubat gigi, sikat, ketip kuku, bedak, minyak rambut, tuala, shaver dan sebagainya.

Barangan Yang Di Larang Di Bawa Ke Asrama

Berikut juga dikongsikan antara barangan yang dilarang dibawa ke asrama.
  • i. Talipon bimbit (talipon awam disediakan di sekitar asrama, kad i-talk ada dijual di koperasi sekolah / talipon bimbit merupakan punca utama kecurian, pergaduhan, ugutan,buli di asrama)
  • ii. Alat pemanas air/water heater. (Berlaku litar pintas dan boleh menyebabkan kebakaran bilik / bangunan)
  • iii. Membawa barang-barang kemas dan pakaian yang berharga mahal.(pakaian berjenama seringkali berlakunya kehilangan/kecurian dan pecah loker).
  • iv. Membawa senjata tajam yang boleh menyebabkan kecederaan. (Kegiatan vandalisme dan pergaduhan mudah berlaku).
  • v. Tali pinggang yang yang berkepala besar melebihi 30mm (punca pergaduhan menggunakan talipinggang).
  • vi. Semua jenis seluar jeans / baldu.
  • vii. Pakaian yang tidak sopan T-shirt bergambar atau melambangkan parti politik / kumpulan muzik dan lain-lain
  • viii. Buku-buku dan bahan-bahan berunsur lucah / judi.
  • ix. Lain-lain barangan yang terlarang
Tahniah kepada mereka yang berjaya ke Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik. Semoga Senarai Barang Keperluan Asrama KV dan SMT ini dapat memudahkan anda dalam menyiapkan kelengkapan semasa mendaftar nanti.


0 comment... add one now