Senarai Pasukan Piala FAM 2016 Malaysia

Senarai Pasukan Piala FAM 2016 Malaysia. Liga FAM adalah liga ketiga di Malaysia selepas Liga Super dan Liga Perdana. Dikongsikan dari FB FAM, berikut adalah senarai pasukan yang sah beraksi pada saingan Piala FAM 2016 bermula dari 28 Februari 2016 (Ahad). 7 pasukan baru akan menyertai Piala FAM 2016 kali ini menjadikan jumlah pasukan keseluruhan adalah 18 pasukan. Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 9 pasukan setiap kumpulan. Dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan dinaikkan ke Liga Premier 2017

  • Berkuatkuasa musim 2016, pertandingan yang dahulunya dikenali Liga FAM akan digantikan dengan nama Piala FAM

Dengan pengumuman rasmi ini, pasukan-pasukan yang bertanding pastinya akan cuba mengukuhkan pasukan dengan mencari pemain terbaik dalam musim perpindahan pemain Liga Malaysia 2016. 

Liga FAM 2016 Malaysia

Senarai Pasukan Liga FAM 2016 Malaysia

Berikut adalah senarai 18 pasukan yang bakal bertanding di Liga FAM 2016 kali ini. Carta kedudukan pasukan akan dikemaskini di Liga FAM 2016 dari masa kesemasa:-
  1. Air Asia Allstars FC
  2. Felcra FC
  3. Hanelang FC
  4. Megah Murni FC
  5. MISC- MIFA
  6. MOF FC
  7. PB Ipoh
  8. Penjara FC
  9. Shahzan MUda FC
  10. Sunga Ara FC
  11. UKM FC

Pasukan Baru

  1. DYS FC
  2. KDMM FC
  3. MPKB-BRI
  4. PB Melayu Malaysia
  5. PKNP FC
  6. SAMB FC
  7. TNB Kilat FC

Format Pertandingan

Berikut adalah format pertandingan Liga FAM 2016 merangkumi tarikh permulaan liga, jumlah pasukan dan maklumat pertandingan.
  1. Sepak mula pada 28 Februari 2016 (Ahad)
  2. Peringkat Liga : 18 pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan akan mempunyai 9 pasukan
  3. Selepas 16 perlawanan liga, empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak Suku Akhir
  4. Peringkat kalah mati : Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara perlawanan timbal balik

Semoga Senarai Pasukan Liga FAM 2016 Malaysia ini dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk menaikkan mutu bolasepak Malaysia dan tahniah kepada yang berjaya ke Liga Premier 2017 nanti.


0 comment... add one now