SKEP Permohonan Kemasukan Ke IPTS Online

SKEP Permohonan Kemasukan Ke IPTS Online. Apa itu SKEP ataupun Sistem Kemasukan Pelajar Sistem Kemasukan Berpusat ke IPT? Mungkin ramai pelajar yang masih tidak tahu lagi kewujudan SKEP ini. Sistem Kemasukan Pelajar (SKeP) adalah sistem kemasukan pelajar yang berfungsi untuk mengendalikan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Permohonan Online Ke IPTS Melalui SKEP baru dilancarkan dan dibangunkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Promosi sedang dijalnkan dan difahamkan ianya akan beroperasi sepenuhnya selepas pengumuman keputusan SPM 2015 nanti.

Permohonan Online Ke IPTS Melalui SKEP

Antara lain sistem kemasukan ini membantu pelajar lulusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti awam (UA)/ IPTA melalui permohonan UPU online untuk belajar ke peringkat pengajian yang lebih tinggi di IPTS yang telah dilantik sebagai rakan strategik GPMS. 

sistem permohonan kemasukan ke ipts

Menurut HMetro
“SKeP berfungsi seperti sistem Unit Pengambilan Universiti (UPU) yang berperanan dalam kemasukan pelajar ke UA cuma bezanya, SKeP melibatkan permohonan ke IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta). 
Permohonan kemasukan pelajar melalui SKEP dapat dibuat secara berpusat dan semua pemohon akan dihubungkan terus kepada IPTS yang bersesuaian dengan minat serta kehendak masing-masing. Kewujudan SKEP juga dapat mengelak penipuan ejen institusi pendidikan yang mengenakan bayaran tinggi kepada ibu bapa dan pelajar. 

Cara Buat Permohonan Kemasukan IPTS Melalui SKEP Online 

Berikut dikongsikan cara-cara atau langkah mudah untuk membuat permohonan ke IPTS melalui SKEP :-
cara buat permohonan skep online

Langkah 1 (PEMBELIAN NO PIN)

  • 1.     Beli No PIN melalui cara SMS.
  • 2.     Taipkan “MYEP <JARAK> 980614145583” dan SMS ke 38888.    
  • 3.     *RM 5 akan dikenakan bagi pembelian NO PIN.

Langkah 2 : Login

  • 1.     Layari laman sesawang SKEP
  • 2.     Masukkan No IC dan No PIN anda.
  • 3.     Masukkan maklumat diri dan ibu, bapa atau penjaga anda.
  • 4.     Masukkan Pilihan Kursus anda.

Langkah 3 - Daftar

  • 1.     Daftar Masuk Program pilihan anda.
  • 2.     Terima Surat Tawaran.
  • 3.     Daftar Masuk pada Hari Pendaftaran

Video SKEP : GPMS Wujudkan Sistem Permohonan IPTS Online


Cara Hubungi SKEP

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi SKEP di alamat dan no telefon berikut :-
  • Pejabat Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, 
  • No. 6-5, Jalan 13/48A, 
  • Sentulraya Boulevard, 
  • 51000 Sentul, KL
  • 03 - 4043 9948
  • 03 - 4043 3948
  • http://www.myep.my 

Semoga dengan pelancaran SKEP Permohonan Kemasukan Ke IPTS Online ono dapat membantu para pelajar yang tidak berpeluang ke UA/ IPTA untuk menyambung pengajian tinggi mereka ke IPTS. Selamat memohon.

Sumber Laman Web Rasmi SKEP


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 20 Januari, 2016
macam-macam yang dah diperkenalkan sekarang ni...