Biodata Juan Martin Lucero Pemain Import Baru JDT

Biodata Juan Martin Lucero Biodata Pemain Import Baru JDT. Siapa dia Martin Lucero yang namanya kini viral di laman sosial? Musim perpindahan pemain Liga Malaysia 2016 pendaftaran pertama akan tamat pada 14 Februari ini dan berita perpindahan pemain saat akhir kini menjadi buat mulut peminat bolasepak Liga Super Malaysia terutama pasukan yang belum memuktamadkan kouta pemain import baru mereka. Dua pasukan masih belum menamakan pemain import keempat adalah pasukan JDT dan Terengganu. 

Antara nama-nama pemain yang dikaitkan untuk perpindahan ke Malaysia adalah pemain Palestin berasal dari Chile, Matias Jadue dan pemain Argentina dari kelab Independiente iaitu Juan Martin Lucero. Pasukan mana yang akan diwakili oleh pemain ini masih belum diketahui dan sila nantikan pengumuman rasmi oleh pasukan yang berjaya mendapatkan khidmat pemain terbabit. 

  • Matias Jadue sah ke PKNS FC, sumber Stadium Astro, 9 Feb 2016
  • Martin Lucero rasmi ke JDT sebagai pemain import keempat. Baca pengumuman rasmi dari JDT di bawah ini 

Biodata Juan Martin Lucero

Biodata Juan Martin Lucero

Berikut adalah biodata Juan Martin Lucero, pemain Independiente yang dikaitkan untuk perpindahan ke Malaysia.
  • Nama Penuh : Juan Martín Lucero
  • Warganegara : Argentina
  • Tempat Lahir : Mendoza, Argentina
  • Tarikh Lahir :  30 November 1991
  • Umur : 24 tahun
  • Tinggi : 1.79 meter
  • Posisi : Centre Forward/ Attacking Midfielder

Rekod Permainan

2015 (Independiente) : 18 Penampilan & 5 Gol
2014 (Independiente) : 15 Penampilan & 4 Gol
2010 - 2014 (Defensa y Justicia) : 37 Penampilan & 24 Gol

Pengumuman Rasmi Juan Martin Lucero Ke JDT

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas kelewatan pengumuman pemain import keempat kami. Kami tidak boleh mengumumkannya tanpa sebarang kertas kerja atau pengesahan. Walaubagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah menandatangani Juan Martin Lucero dari kelab Argentina Independiente. Kami mempunyai banyak pilihan. Tetapi, kami percaya bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk JDT. Selepas pertemuan dengan Pengarah Sukan JDT Alistair Edwards, Pengurus Mario Gomez, Penolong Jurulatih Raul, 'Scouts' dan Ejen Kelab Martin Prest, Nasir Yusof, Luciano Figueroa, dan juga 'scouts' kami yang lain di Argentina, kami merasakan bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk kami. Adalah merupakan perkara yang terbaik apabila memiliki pemain muda kerana mereka mempunyai nilai dan boleh dianggap sebagai aset kelab kami. 

Lucero masih muda dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik. Beliau merupakan antara salah seorang pemain muda Argentina yang sedang meningkat naik dan beliau juga seorang pemain yang cukup rajin. Kami amat bertuah kerana berjaya mendapatkan beliau di JDT walaupun banyak kelab-kelab lain di seluruh dunia yang bersaing mendapatkannya. Ini menunjukkan bahawa reputasi kami sedang berkembang di pentas dunia.
Beliau akan tiba esok jam 12.00 tengahari dan akan menyertai latihan pasukan pada waktu malam. Saya akan memperkenalkan beliau kepada penyokong keesokan harinya di stadium. 

Kita telah menyaksikan pemain seperti Daniel Guiza, Simone Del Nero, Pablo Aimar, Luciano Figueroa dan Marcos Antonio. Tahun ini kami cuba untuk menjadi seperti biasa (low profile) dalam mendapatkan pemain disebabkan kerana ekonomi dunia dan juga kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Namun ada satu masalah setakat ini. Ianya adalah kesilapan saya. Saya terlupa bahawa kita adalah Johor Darul Ta'zim. Dan menjadi normal atau biasa bukan cara kami kerana kita berada di sini untuk berusaha menjadi lebih hebat dan berterusan mencipta sejarah.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Sumber : FB Johor Southern Tigers 9 Feb 2016

Semoga Juan Martin Lucero pemain import baru JDT dapat membentuk persefahaman yang baik bersama Pereyra Diaz bagi membantu JDT merealisasikan impian dalam Liga Malaysia 2016 nanti.


0 comment... add one now