Lagu Tema OST Cinta Teruna Kimchi TV3

Lagu Tema OST Cinta Teruna Kimchi. Drama terbaru berjudul Cinta Teruna Kimchi kini sedang bersiaran di Slot Zehra TV3 bermula dari 28 Januari 2016 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 900 malam. Drama 'Cinta Teruna Kimchi' ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan Kas Roshan dengan pelakon utama adalah Nazim Othman, Johan As'ari, Niena Baharun dan Risteena Munim. Lagu Tema OST drama ini pula adalah Lagu Cinta dari Kumpulan Asmara dan Ku Kan Di Sini nyanyian Panic Room.

sinopsis drama Cinta Teruna Kimchi TV3

Lirik Dan Video Lagu Cinta OST Cinta Teruna Kimchi

Berikut adalah lirik Lagu Cinta nyanyian Kumpulan Asmara :-

Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta

Video Lagu Cinta Kumpulan Asmara

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi

Drama ini mengisahkan kisah pergolakan emosi dan rohani Kang Ye Jun lakonan Nazim Othman, seorang mahasiswa separa Korea di mana beliau sering mendapat mimpi serupa yang bakal membawanya lebih dekat dengan cinta kepada Tuhan. Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun dengan Ibunya banyak berahsia sehingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya sendiri.

Namun segalanya berubah apabila dia terjumpa sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya yang beragama Islam. Lantaran itu, dia mula cuba untuk menjejak ayahnya. Dia nekad untuk berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk misi pencariannya itu. Berjayakah beliau?

Watak Pelakon

Nazim Othman sebagai Kang Ye Jun
Niena Baharun sebagai Saidah
Johan As'ari sebagai amin
Nur Risteena sebagai Suraya
Feiyna Tajudin sebagai Ameena
Bodt Sharade sebagai Faisal


Saksikan drama Cinta Teruna Kimchi yang menarik ini di TV3.


0 comment... add one now